Selepas Omicron, kini Deltacron pula menular di seluruh dunia

Selepas Omicron, kini Deltacron pula menular di seluruh dunia. Dua kes melibatkan Deltacron dikesan di Amerika Syarikat (AS) dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran.

Amaran berkaitan penularan varian baharu Covid-19 itu di Eropah, namun jangkitan di seluruh dunia telah menurun, lapor akhbar MailOnline kelmarin.

Deltacron merupakan varian yang memiliki gabungan ciri genetik Omicron dan genom varian Delta.

Selepas Omicron, kini Deltacron pula menular di seluruh dunia

WHO memaklumkan berkaitan penularan Deltacron menerusi taklimat pada Rabu lalu. Menurutnya, varian itu merebak di Perancis, Belanda dan Denmark.

Setelah dua kes Deltacron dikesan di AS, organisasi berkenaan merancang untuk menerbitkan laporan mengenai penemuan tersebut dalam masa terdekat.

Laporan berkenaan akan dikeluarkan setelah dunia mengharungi pandemik Covid-19 selama dua tahun semalam (11 Mac).

Bagaimanapun, tidak semua pakar bimbang berhubung penularan Deltacron walaupun WHO telah memberi amaran serius bahawa varian tersebut boleh menjadi masalah utama di Eropah dan di AS.

“Dua kes yang dikesan itu mungkin tidak akan meningkatkannya pada tahap yang membimbangkan,’’ kata ketua pegawai sains, Dr. William Lee yang bertugas di Helix iaitu makmal.

Yang berpangkalan di Califronia yang menyusun sampel Covid-19 untuk Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

Selepas Omicron, kini Deltacron pula menular di seluruh dunia

Helix telah mengesan dua kes berkaitan varian Deltacron. Keseluruhan kes varian itu kekal rendah walaupun ia dikesan di beberapa negara dan disebarkan oleh manusia sebelum ini.

Di AS, varian Omicron pula telah merebak secara dominan dengan varian asal, BA.1 dicatatkan sebanyak 88 peratus dan subvarian BA.2 pula sebanyak 12 peratus.

Sementara itu, di kebanyakan tempat di dunia, kes Covid-19 mencatat penurunan selepas memuncak pada Januari lalu.

AS merekodkan sebanyak 37,524 kes sehari, susut 36 peratus sejak seminggu lalu. Kes harian di AS juga menurun lebih 95 peratus sejak penularan varian Omicron memuncak dan mencatatkan sekitar 800,000 kes sehari pertengahan Januari tahun ini.

Tonton:

Baca:

Isteri lumpuh lepas lahirkan anak, jawapan suami buat netizen menangis

Reaksi kucing tolong susukan baby tarik perhatian

Tak bayar hutang Azwan Ali, akhirnya Stesen TV bersuara

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)