Selepas Musang King kini muncul pula Tupai King, harga cecah RM100/kg

Selepas Musang King kini muncul pula Tupai King, harga cecah RM100/kg

Pulau Pinang melahirkan varieti baharu durian selepas nama Tupai 226 didaftarkan secara rasmi pada Februari lalu yang bakal mencabar p0pulariti Musang King.

Varieti yang lebih popular de­ngan nama durian Tupai King itu dijangka menjadi tarikan terkini dalam kumpulan durian popular seperti Raja Kunyit atau dikenali sebagai Musang King dan Duri Hitam kerana rasanya yang unik.

Pengarah Pertanian negeri, Mohd. Muhaimin Ibrahim berkata, varieti dengan nombor pendaftaran D214 itu diperakui secara rasmi 0leh Ketua Pengarah Pertanian pada 26 Februari lalu.

Beliau berkata, pendaftaran tersebut dibuat oleh seorang pengusaha kebun durian di Su­ngai Ara, Bayan Lepas dekat sini pada Mei thun lalu.

“Setakat ini, dusun pengusaha berkenaan mempunyai 46 pokok dan peminat durian boleh mula merasa durian Tupai 226 yang telah rasmi itu ketika musim durian pada hujung bulan ini dan Julai nanti.

“Namun, kuantiti penge­lu­arannya terhad ketika ini kerana masih belum banyak pokok,” katanya ketika ditemui Kosmo! d pejabatnya di Bukit Mertajam.

MUSANG King atau Raja Kunyit mempunyai isi berwarna kuning pekat.

Beliau berkata, durian Tupai King dengan kulit berwana hijau keperangan mempunyai ciri-ciri buah berbentuk ovat (bujur se­perti telur) dgn pangkal membulat dan hujung menajam.

“Ia mempunyai purata berat 2.1 kilogram (kg) dengan purata sebanyak sembilan biji (ulas) bagi setiap buah dan purata berat isi 0.7 kg.

“Isinya berwarna jingga keku­ningan dengan aroma, kepahitan, tekstur dan berkrim pada tahap sederhana selain tahap kema­nisan dengan bacaan purata brix 39,” katanya.

Dalam perkembangan berbeza, M0hd. Muhaimin berkata, pihaknya mencatatkan pengeluaran hasil durian di negeri ini secara konsisten tiga tahun ke­belakangan ini iaitu 10,491 tan pada 2018, 13,158 tan (2019) dan 14,946 tan (2020).

“Dengan pertambahan tanaman durian dan input pertanian daripada kerajaan seperti baja dan ra*cun kawalan per0sak, dijangkakan pengeluaran durian di Pulau Pinang tahun ini sama se­perti tahun lalu,” tambahnya.

Anggaran harga cecah RM100 sekilogram

BALIK PULAU – Harga bagi seki­logram durian Tupai 226 atau Tupai King dijangka mencecah anggaran RM100.

Individu yang mendaftarkan varieti itu, Chew Chee Wan, 53, berkata, durian itu dijangka memberi saingan kepada durian premium sedia ada iaitu Musang King dan Duri Hitam berdasarkan res­pons diberikan pnggemarnya.

“Tupai King sudah ada pe­langgan setia sejak 10 tahun lalu, dan rata-rata ‘hantu’ durian me­ngakui kombinasi rasa manis dan pahit yg tajam memberikan kenikmatan.

“Selepas semakin komersial nanti, saya jangka ia mampu berlawan dengan harga durian Duri Hitam yang ketika ini paling mahal di Malaysia, apatah lagi harga Tupai King semakin meningkat,” katanya yang menjalankan perniagaan di Jalan Paya Terub0ng di Relau, Bayan Lepas.

Katanya, pada musim durian tahun lalu dia menjual Tupai King pd harga RM70 sekilogram, Musang King (RM60) dan Duri Hitam (RM100).

“Saya jangka harga durian Tupai King tahun ini mencecah RM100 sekilogram,” katanya.

Katanya, pengeluaran Tupai King dijangka berskala lebih besar dan komersial lima tahun lagi berikutan ramai pekebun durian dari seluruh negara telah mula menanam anak p0kok durian itu sejak lebih lima tahun lalu.

“Ketika ini, hanya saya yang mengeluarkan durian Tupai King sejak kira-kira 10 tahun lalu dan tahun lalu menghasilkan 1,000 biji sahaja daripada 16 pokok yang sudah matang.

“Saya jangka lima tahun lagi, ia akan banyak seperti durian lain selepas pokok yang ditanam pekebun mula mengeluarkan hasil,” katanya.

Berita Penuh : https://rentas.asia/rm100-sekilogram-kemunculan-durian-tupai-king-beri-saingan-raja-buah/