Selepas ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, ini hobi baru Sultan Ibrahim ramai terkejut

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Bukan sahaja gemar memasak, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar juga mempunyai hobi yang unik iaitu mengumpul tongkat.

Difahamkan, pemerintah negeri yang terletak di selatan Malaysia itu memiliki koleksi lebih dari 200 tongkat pelbagai reka bentuk dan saiz.

Tongkat-tongkat itu diperbuat daripada kayu cendana, giam, kayu landasan keretapi dan juga papan lantai kayu istana-istana lama.

Selepas ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, ini hobi baru Sultan Ibrahim ramai terkejut
Hanya satu dalam dunia, tongkat kayu eksklusif milik Sultan Johor itu dihias khusus dengan akronim nama baginda, ‘SI’ (Sultan Ibrahim).

“Ramai yang bertanya mengapa saya memegang tongkat, sebenarnya mengumpul tongkat kayu adalah hobi saya sejak dahulu lagi.

“Saya mempunyai koleksi lebih 200 tongkat kayu pelbagai reka bentuk dan saiz yang dihasilkan secara tempatan serta mempunyai lambang ‘SI’.

Selain gemar mengumpul kereta, ini hobi 'pelik' YDP Agong ke-17 ramai tak  tahu

“Pada masa sama, saya juga mempunyai pelbagai koleksi ‘tongkat kuasa’,” titah baginda sambil menujukkan koleksi tongkatnya.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah sedemikian kepada Royal Press Office (RPO) di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

Kenyataan dan gambar koleksi tongkat tersebut kemudian dikongsi menerusi satu hantaran di laman Facebook milik baginda.

Baginda bertitah, masanya yang terluang sering digunakan untuk membersihkan tongkat-tongkat yang disusun secara kemas serta teratur itu.

Baca juga “Aku dah banyak kali jadi anak derhaka kerana isteri, setiap kali mereka datang, isteri nekad takkan masak apa-apa