Selepas dikecam, kerajaan buat ‘uturn’ tangguh perakuan SIRIM pelitup muka

Selepas dikecam, kerajaan buat ‘uturn’ tangguh perakuan SIRIM pelitup muka.Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan penangguhan penguatkuasaan perakuan dan penandaan MS SIRIM bagi pelitup muka bukan perubatan yang dijadual bermula 4 Julai ini kepada 1 Januari tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata keputusan mengenai penguatkuasaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas umum.

Bagaimanapun, beliau berkata perintah Peranti Rokok Elektronik 2022 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 akan tetap dilaksanakan berkuat kuasa 3 Ogos.

“Sebab apa kita tangguh… kerana kementerian prihatin dengan kehendak rakyat.

“Selepas kita umumkan pewartaan ini ada (aduan) yang kita terima di mana kegusaran rakyat ialah mereka memikirkan kenaikan harga.

“Kita memerlukan tempoh yang sedikit lama untuk kita buat penyesuaian kepada perintah ini,” katanya di sini pada Khamis.

Selepas dikecam, kerajaan buat 'uturn' tangguh perakuan SIRIM pelitup muka | Info Rakyat

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis amanat bersama pihak industri.

BACA: Pelitup muka bukan perubatan perlu dapatkan perakuan SIRIM mulai 4 Julai

Mengulas lanjut, Alexander berkata pewartaan tersebut adalah untuk memastikan pelitup muka bukan perubatan dan peranti rokok elektronik yang dihasilkan dalam negara ataupun dimport mempunyai penandaan MS SIRIM, mematuhi standard dan berkualiti, demi keselamatan pengguna.

Ia termasuk melibatkan pelitup muka fabrik, tambahnya.

“Ia tidak ada banyak yang perlu diperbaiki sebab pelitup muka bukan perubatan ini sudah dijual dengan harga murah.

“Saya melihat di mana ruang ia perlu diperbaiki supaya ada masa sedikit dan pengguna juga diberi peluang dalam masa yang sama,” jelas beliau lagi.

Katanya lagi, langkah untuk mewartakan perkara itu telah melalui perbincangan beberapa pihak berkaitan termasuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Technical Barrier to Trade (TBT) Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Jelas beliau, WTO juga tidak membantah terhadap pelaksanaan kedua-dua perintah berkenaan.

BACA:

Kena lamar dengan Habib, Anzalna soal nak ke ambil perempuan buncit macam saya

Bilal di Kelantan pula laung azan maghrib terlalu awal

Sewa supercar untuk beraya dah jadi trend warga kota, kos cecah RM8K sehari