Selepas 5 jam disahkan meninggal, keranda dicakar dari dalam, nenek tiba-tiba hidup semula

Selepas 5 jam disahkan meninggal, keranda dicakar dari dalam, nenek tiba-tiba hidup semula

Pelik tapi benar. Seorang warga emas berusia 76 tahun bernama Bella Montoya dikhabarkan hidup semula selepas disahkan menghembuskan nafas terakhir akibat masalah jantung.

Setelah doktor mengesahkan pemergian itu, pihak keluarga terus mempersiapkan proses pengebumian.

Selepas 5 jam disahkan meninggal, keranda dicakar dari dalam, nenek tiba-tiba hidup semula

Selepas 2 hari, tubuh Bella Montoya kemudiannya telah dipindahkan ke dalam sebuah keranda untuk upacara berkabung.

Namun hanya selepas 5 jam, orang di sana dikejutkan dengan bunyi bising berupa cakaran dan ketukan dari bahagian dalam.

Ahli keluarga yang mahu menukar baju mendiang terus membuka peti berkenaan.

Bella didapati hidup semula…Alami kesukaran bernafas


Mereka melihat Bella yang sedang dibaluti selimut sedang tercungap-cungap mendapatkan oksiegn sepertinya amat sukar bernafas.

Meskipun terkejut, wanita terbabit dibawa ke pusat rawatan sama yang mengesahkan status pemergiannya sebelum ini.

Selepas seminggu hidup semula, Bella menutup mata buat selamanya

Pihak keluarga sempat mempertikaikan tindakan petugas medik yang dianggap cuai kerana memberi maklumat palsu tentang kondisi sebenar Bella.

Sementara itu, anak lelakinya, Gilberto Barbera sangat berharap ibunya akan segera sembuh agar mereka dapat teruskan hidup seperti biasa.

Malangnya selepas 7 hari berada dalam pantauan ICU, Bella pergi selamanya akibat stroke iskemia.

BACA:

Suami dari neraka! Tergamak tolak isteri sarat mengandung 7 bulan ditepi tebing bukit demi ‘claim’ insurans

Ini asal usul nama kampung ‘Janda Baik’, rupanya perkampungan ini memang perkampungan para janda pada zaman dulu