Selaras sumbangan melalui JKM kemudian diagih melalui parti politik pro PN?

Selaras sumbangan melalui JKM kemudian diagih melalui parti politik pro PN?

Apakah ini asbab NGO-NGO tidak dibenarkan menghulurkan sumbangan dan bantuan secara terus? Penyerahan di selaraskan oleh JKM?

Ini sebahagian yang berlaku apabila barangan bantuan dan sumbangan yang akhirnya dieksploitasi oleh pihak tertentu dengan agenda politik mereka. Alasan yang diberikan oleh kerajaan menghalang NGO-NGO telah mula dirasakan oleh sesetengah pihak akan wujud agenda politik.

Kita dapat lihat bagaimana satu posting di Facebook Ahli Parlimen Sabak Bernam:-

Jumaat 10.4.2020
Penurunan sumbangan dalam bentuk barang keperluan daripada JKM di Pejabat Parlimen Sabak Bernam. Sumbangan barang keperluan dari JKM telah dibahagikan kepada Parlimen Sabak Bernam, UMNO, MCA, PAS untuk dibahagikan kepada penerima sumbangan. Sumbangan akan diagihkan kepada penerima secara berperingkat.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=214529486546736&id=100039690590841

Ini satu agenda politik jahat yang dimainkan oleh pihak yang mengambil kesempatan. Apakah pusat khidmat DUN Sabak yang diwakili oleh Parti Amanah tidak layak mendapatkannya? Ini baru parti, belum lagi agihan yang ahli dan penyokong parti tertentu sahaja yang dapat….

Kemudian di satu posting lagi dari Facebook yang sama, agenda politik terus dimainkan oleh Ahli Parlimen Sabak Bernam:-

Jumaat 10.4.2020
Sumbangan daripada Parlimen Sabak Bernam sebanyak 70set dan sumbangan daripada JKM sebanyak 75set untuk diserahkan & diagihkan kepada MCA. Terima kasih kepada Datuk George Kee membantu mengagihkan sumbangan. Semoga sumbangan yang disalurkan dapat memberi manfaat kepada penduduk cina di kawasan Parlimen Sabak Bernam.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=214532739879744&id=100039690590841

Antara lain terdapat juga posting di Facebook bagaimana setiap pek bantuan di tampal sticker wajah mereka yang mengambil kesempatan:-
Ui baru 2 minit sudah tukar ka .ini macam sudah.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=224566172126503&id=100037193640973

Malah ada yang menarik perhatian komen- komen netizen:
Mohammad Ferris ” Lps ni logo JKM tukar dgn logo sticker ni”

Sinca Gondol Sincan Gondol ” Yb dun sg tawar ni dh x de cara lain nk dptkn nama? SUMBANGAN JKM PUN KO LETAK STIKER MUKA KO.
Nk klu sumbagan tu kluar dri duit poket ko..nk letak gambr ape pun x kisah.
#politiktaik

Inilah agenda seribu satu muslihat yang tersembunyi cuba dimainkan oleh sesetengah pihak untuk mengekalkan kuasa serta melihatkan ia bekerja. Budaya politik yang sama. Perangai politik yang sama. Dari Umno dia datang, perangai Umno juga diwarisi. Parti Islam menumpang nasib dan kasih sayang