Selangor catat 686 kes baharu Covid-19, ramai tarik nafas lega

Orang ramai meluahkan rasa lega selepas kes harian Covid-19 di Selangor terus menunjukkan penurunan apabila mencatatkan kes baharu di bawah 700 hari ini.

Berdasarkan laporan harian kes Covid-19 hari ini, Selangor ialah antara 11 negeri yang mencatatkan kes sebanyak tiga angka sahaja iaitu 686 kes.

Tinjauan Kosmo! di beberapa platform media sosial mendapati, rata-rata masyarakat meluahkan rasa lega dengan penurunan kes yang dicatatkan di negeri Selangor yang kini turut berada di Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Selangor catat 686 kes baharu Covid-19, ramai tarik nafas lega

Tangkap layar komen yang dilontarkan orang ramai tadi

“Syukur kes Covid-19 semakin berkurangan dan Selangor kurang dari 700 kes hari ini. Semoga kes akan kurang lagi, kekal patuhi SOP supaya kes akan turun lagi setiap hari,” kata Brandon.

“Nampaknya ini hasil keberkesanan vaksin dan pematuhan SOP yang tinggi. Semoga corak penurunan kes baharu terus menurun dan kepada yang masih ragu-ragu dengan vaksin, tengoklah hasilnya sekarang,” kata Syamirul.

“Alhamdulillah, walaupun kita terpaksa hidup bersama Covid-19, saya masih berharap kes harian terus turun,” kata Maria.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/10/04/ramai-lega-selangor-catat-kes-bawah-700/

BACA JUGA : Individu dakwa 2 kematian pelajar akibat vaksin disiasat polis

COMMENTS

Wordpress (0)