Selangor ambil tindakan proaktif lindungi pekerja kilang, elak perebakan

Selangor ambil tindakan proaktif lindungi pekerja kilang, elak perebakan

Selangor kini sedang mempergiatkan lagi usaha pencegahan kesihatan awam menerusi ‘Preventing Outbreak at Ignition Site’ (POIS) di seluruh negeri itu.

Mengakui Selangor sebuah negeri yang pesat serta banyak kawasan perindustrian, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, adalah penting untuk pengesanan awal kes COVID-19 dilakukan sebelum perebakan berlaku.

Menurut Pengerusi Pasukan Petugas Khas Menangani COVID-19 Selangor (STFC) itu, inisiatif tersebut bersifat proaktif berbanding tindakan reaktif seperti yang dilaksanakan sebelum ini.

“Kita mahu fokuskan di tempat perebakan ini khusunya apa yang dikatakan sebagai kilang-kilang dan industri ini yang dikatakan sesuatu yang pesat di negeri Selangor.

selangor

“Kita mahu pelihara mereka (pekerja industri), bendung mereka, kita mahu lindungi mereka dengan kita melakukan program seperti ini (PIOS) atau dalam kata lain tindakan kesihatan awam dipertingkat.

“Ini merupakan pelaksanaan pendekatan kesihatan awam seiring ‘rejim’ ujian pengesanan awal, iaitu perlu cepat untuk kita mengenal pasti sebelum perebakan berlaku,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kes baharu COVID-19 harian di negeri itu yang kekal 4 digit, selain pertambahan kluster tempat kerja.

Mengulas berkenaan kes sporadik yang juga antara perkara yang dibimbangi ketika ini, Dr Dzulkefly berkata, pengesanan kontak perlu terus dipertingkatkan.

“Kita kena betul-betul pertingkatkan keupayaan pengesanan kontak untuk mengenal pasti bahawa kes ini (sporadik) sebenarnya daripada kluster juga.

“Kami sangat sedar bahawa kami akan teruskan pendekatan kami untuk menyaring, membuat fasa ketiga ujian saringan di daerah-daerah di lapan lagi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang perlu kita ulangi,” katanya.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-selangor-pergiat-pois-pengesanan-kontak-dr-dzulkefly-305370

BACA JUGA : PKP bakal bersambung hingga Aidiladha?