Selain tengok bunga, ini 5 teknik untuk tahu tayar anda selamat atau tidak

Selain tengok bunga, ini 5 teknik untuk tahu tayar anda selamat atau tidak.Nak kenal tayar botak, selalunya kita anggap tayar itu sudah tak ada bunga. Namun betulkah tanggapan kita itu?

Untuk mengenalpasti sama ada tayar botak atau masih selamat untuk digunakan, anda boleh ikuti perkongsian pengguna Facebook bernama Mo Akmal Amri ini.

BACA: Cara Mudah Bersihkan ‘Peta’ Pada Seat Kereta Guna Bahan Bajet, Hasilnya Macam Baru!

CARA MENGENAL TAYAR BOTAK
Bila sebut tayar botak, kita mesti terbayang tayar yang licin takde bunga macam kepala orang yang botak licin takde rambut.

Salah sebenarnya tu.

Semua tayar yang dah botak selalunya akan nampak masih penuh dengan bunga yang dalam, jadi kita kena tahu macam mana nak kenal tayar botak.

Apa maksud tayar botak?

Indikator botaknya tayar ialah pada jalur di tengah tayar, bukannya bunga yang melintang tu. Di antara jalur-jalur tengah tayar ni, ada penanda aras untuk kita tahu tahap kebotakan tayar.

Tayar botak = jalur tengah sama tinggi dengan penanda tu

Tengok gambar-gambar tayar di bawah menunjukkan tayar botak, tayar belum botak, dan tayar baharu.

Semoga bermanfaat

 

1. Tayar botak bila jalur tengah sama tinggi dengan penanda botak

Selain tengok bunga, ini 5 teknik untuk tahu tayar anda selamat atau tidak

Tayar botak. Jalur tengah tu sama tinggi dengan penanda botak. Nampak tak tayar botak pun masih penuh dengan bunga dan kalau kita tak tahu tengok, mesti ingat boleh pergi jauh lagi.

 

2. Tayar botak bila jalur sama tinggi dengan penanda

Selain tengok bunga, ini 5 teknik untuk tahu tayar anda selamat atau tidak

Tayar botak. Jalur sama tinggi dengan penanda. Nampak tak tayar ni guna penanda yang lain daripada tayar pertama tadi.

3. Tayar belum botak

Selain tengok bunga, ini 5 teknik untuk tahu tayar anda selamat atau tidak

Tayar belum botak, mungkin 30%. Tak lama dah ni kena tukar.

 

4. Tayar hampir botak

Selain tengok bunga, ini 5 teknik untuk tahu tayar anda selamat atau tidak

Tayar hampir botak. Mungkin 80-90% (tengok pada beberapa penanda tu). Kalau perasan, penanda di sebelah kiri tayar lebih menonjol berbanding penanda di sebelah kanan. Maknanya tayar ni haus lebih cepat di sebelah kiri, sebab alignment atau balancing tak betul. Atau mungkin sebab camber senget. Dinasihatkan untuk tukar terus dan cek camber. Plus, tayar nampak banyak crack petanda sudah tua.

5. Tayar baharu

Selain tengok bunga, ini 5 teknik untuk tahu tayar anda selamat atau tidak

Tayar baharu. Begitu dalam sekali penanda botak tu ditenggelami oleh jalur tengah. Kalau tak bulatkan ni, mungkin susah nak nampak. Inilah tayar 0%. Boleh bandingkan dengan tayar-tayar lain dalam gambar sebelum ni.

BACA JUGA : Panas !!! Ustaz Abu Syafiq dedah Menteri Alam Sekitar tunai umrah tanpa vaksin
Rezeki Abang Viva… Dihadiahkan superbike pula, ini respon beliau
Misteri pemuda melayu jadi manusia pertama dalam sejarah keliling dunia kini terbongkar

Artikel ini disiarkan pada 13/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)