Sektor perniagaan perlukan bantuan kerajaan susulan PKP berterusan

Sektor perniagaan perlukan bantuan kerajaan susulan PKP berterusan

Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa pihak kerajaan untuk tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh di seluruh negara atau negeri yang merekodkan kadar jangkitan tinggi.

Presidennya, Tan Sri Datuk Soh Thian Lai berkata kerajaan perlu meneruskan dengan model PKP 2.0 untuk membolehkan sektor ekonomi beroperasi dengan prosedur operasi standard (SOP) yang diperketatkan.

Menurut beliau, pihak kerajaan perlu melakukan sekatan yang lebih ketat terhadap pergerakan individu dan galakan untuk tinggal di rumah.

“Penjadualan semula kerja di kilang dengan mengurangkan operasi berdasarkan penilaian individu, amalkan bekerja dari rumah (BDR) bagi syarikat yang mampu dan mempunyai kemudahan untuk melaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, Thian Lai berkata, kerajaan perlu memberi bantuan yang diperlukan termasuk bantuan kewangan seperti moratorium pinjaman, program subsidi gaji dan pengurangan kos perniagaan.

“Bantuan ini bagi membantu industri yang terjejas teruk susulan pelaksanaan PKP 3.0 dan pandemik COVID-19.

“Kerajaan juga perlu mempercepatkan program imunisasi agar sektor ekonomi dapat mencapai kawasan imuniti yang lebih cepat untuk beroperasi,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau berkata, FMM akan terus membantu mengurangkan kelompok jangkitan dan terus mengingatkan pekerja agar mematuhi SOP sepanjang operasi dijalankan.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-perlu-kekal-dengan-model-pkp-20-fmm-298859