Sekolah negeri fasa 1 dan 2 tidak akan dibuka 3 Oktober ini – Menteri

Menteri Pendidikan, Radzi Jidin mengumumkan sekolah di negeri bawah Fasa 1 dan 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) kekal ditutup, manakala Fasa 3 dan 4 dibuka mengikut jadual pada 3 Okt ini.

Katanya, kehadiran pelajar di sekolah adalah 50% daripada enrolmen keseluruhan secara penggiliran setiap minggu.

Ini bermakna, setiap kelas akan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu secara bersemuka serta pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), yang bergilir-gilir setiap minggu.

Sekolah negeri fasa 1 dan 2 tidak akan dibuka 3 Oktober ini - Menteri

Ketika ini, Kedah dan Johor masih di bawah Fasa 1 PPN, manakala Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah serta Melaka di bawah Fasa 2.

Negeri Sembilan, Perlis dan Sarawak sudah beralih ke Fasa 3, dengan hanya Labuan di bawah Fasa 4.

Sekolah pada asalnya dijadualkan dibuka semula 1 Sept lalu, tetapi Kementerian Pendidikan menangguhkannya kepada 3 Okt susulan penilaian kesihatan dan risiko.

Baru-baru ini, pelbagai pihak menggesa pembukaan semula sekolah ditangguhkan memandangkan jumlah kes Covid-19 masih tinggi dan hanya berbaki kira-kira dua bulan sebelum sekolah ditutup semula bagi cuti penggal ketiga.

Radzi berkata, beberapa pengecualian diberikan kepada sekolah di negeri bawah Fasa 2 PPN.

“Mereka yang bakal menduduki peperiksaan utama akan menghadiri kelas persediaan tanpa penggiliran.

“Murid berkeperluan khas, asrama penuh, sekolah kurang murid tidak terbabit dalam penggiliran kelas.

“Murid prasekolah dan tadika swasta di negeri Fasa 3 PPN akan hadir tanpa penggiliran kelas.”

Katanya, beberapa SOP ditetapkan untuk sekolah di bawah Fasa 3 dan 4 yang akan melaksanakan penggiliran mingguan.

“Perlu ada meja kosong antara setiap pelajar untuk memastikan penjarakan fizikal dan usaha menambah baik pengudaraan seperti tingkap dan kipas siling dibuka digalakkan.

“Pelajar juga wajib memakai pelitup muka sepanjang masa dan pelitup muka berganda digalakkan.”

Ketika waktu rehat, beliau berkata, pelajar akan makan di dalam kelas di bawah pengawasan guru, manakala mereka yang berada dalam kes berhawa dingin akan makan di kawasan terbuka.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/12/sekolah-di-negeri-fasa-1-2-ppn-kekal-ditutup/

BACA JUGA : PH mahu capai MoU dengan kerajaan demi nyawa, ekonomi rakyat