Sejurus bebas dari tahanan polis, Safiey Ilias kembali aktif di media sosial

Sejurus bebas dari tahanan polis, Safiey Ilias kembali aktif di media sosial

Pengasas produk kosmetik, Safiey Ilias kembali aktif di media sosial dengan membuat perkongsian di laman Facebook miliknya selang sehari selepas dia dibebaskan semalam.

Perkongsian itu dibuat bagi menjawab pertanyaan netizen sama ada dia sudah bermisai atau tidak memandangkan hampir lima hari berada dalam tahanan reman.

“Tak tumbuh misai pun sayang. So cepat-cepat laser dekat Gorgeous Clinic Kepong. Cantik all the times gituu,” tulisnya ringkas hari ini.

Pada masa sama, dia turut memuat naik gambar dapur shisha di Facebook story yang sering digunakan olehnya semasa membuat live di media sosial.

Terdahulu, Safiey Ilias dan rakannya telah direman selama tiga hari bermula Jumaat lalu.

Bagaimanapun, tempoh reman dilanjutkan dua hari lagi oleh pihak berkuasa dan dia hanya dibebaskan semalam.

Usahawan tersebut dan rakannya direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung Video Live membuat komunikasi lucah dan amang seksual dengan kanak-kanak di bawah umur, baru-baru ini

Berita penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/06/16/safiey-ilias-mengaku-misai-tidak-tumbuh/