Sedang asyik “bermain” dengan pelacur, warga emas ini tiba-tiba kejang…

Seorang lelaki warga emas disahkan meninggal dunia dalam keadaan berbogel ketika sedang melakukan hubungan intim bersama seorang pelacur.

Kejang masa lakukan hubungan seks

 

Memetik laporan daripada Tribun News, lelaki berusia 70 tahun itu melakukan hubungan seks di sebuah rumah tumpangan yang dihuni oleh seorang wanita. Wanita terbabit merupakan salah seorang pekerja seks komersial di Indonesia. Sebelum kejadian, mangsa telah mengupah wanita berkenaan untuk memuaskan nafsunya namun ketika sedang melakukan hubungan intim, mangsa secara tiba-tiba telah mengalami kejang dan sesak nafas.

Menurut wanita berkenaan, dia mengakui sangat terkejut melihat pelanggannya (mangsa) berada dalam keadaan kejang dan tertiarap. Namun, tidak lama kemudian, wanita berkenaan mendapati mangsa yang sedang berbogel itu sudah tidak bernyawa.

Tunggu laporan bedah siasat

 

Panik dengan situasi itu, salah seorang rakan wanita terbabit telah memaklumkan kepada Ketua Rukun Tetangga. Susulan daripada insiden itu, Ketua Rukun Tetangga telah menghubungi pegawai kesihatan untuk melaporkan tentang kejadian. Kejadian tersebut telah menjadi bualan hangat seluruh warga Indonesia terutamanya penduduk setempat.

Pihak berkuasa kemudian telah membawa mayat mangsa untuk proses bedah siasat. Walaupun begitu, sehingga kini, pihak berkuasa masih belum mengetahui punca sebenar kematian warga emas terbabit.

Sumber:https://ohbulan.com/atuk-berusia-70-tahun-kejang-meninggal-dunia-ketika-langgan-pelacur

COMMENTS

Wordpress (0)