Sebelum ni burung hantu suara Hana Delisha, sekarang macam Diana Danielle pula.. Nampaknya peserta Burung Hantu di rancangan The Masked Singer Malaysia musim kedua mengundang penonton semakin suka mendengarkan suara nyanyiannya yang membuat persembahan begitu hebat.
Mana tidaknya, beri jua apa lagu kepada Burung Hantu sememangnya mampu membuat juri juga terpukau dan berdiri.
Umum diketahui, Hannah Delisha antara yang disebut-sebut sebagai Burung Hantu.
Namun begitu, sehingga ke minggu terbaru yang berlangsung pada Jumaat lalu membuatkan nama pelakon, Diana Danielle pula menjadi sebutan penonton di media sosial.
Perkongsian semula nyanyian Burung Hantu di aplikasi, TikTok juga membuatkan pelakon Diana Danielle mungkin disebalik topeng Burung Hantu apabila mendengarkan suaranya menyanyikan lagu berjudul Beribu Sesalan.
Video Player
@hannahdelishas_loverss POWER GILER BURUNG HANTU RAP 🔥🔥 Siapa agak2 nya ye ? #themaskedsingermalaysia #themaskedsinger #siapadisebaliktopeng ♬ original sound – HannahDelishaLovers
Walau bagaimanapun, selain perubahan suara Burung Hantu itu menyebabkan pelakon Diana Danielle menjadi sebutan namun pelakon, Hannah Delisha juga tetap di ‘lock’ oleh ramai sebagai individu disebalik topeng tersebut.
Manakala suara nyanyian Burung Hantu sekali lagi menerima pujian oleh netizen sehinggakan ada yang pasti, dia boleh menjadi penyanyi.
“Korang tak rasa ke macam suara Diana Danielle”
“Lock Hannah Delisha, macam mana pun dia ubah suara dia. Terselit suara comel dia tu…”
“Bapak sedap suara Hannah Delisha ni”
“Macam Diana Danielle”
Baca:
Babi selalu kacau tanaman anda? Ini 10 cara halang, confirm tak kacau dah
Rakyat Kelantan dijangka berebut buat bidaan nombor ‘DEH’ selepas JPJ buka pendaftaran