Menteri di Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dalam satu posting yang dimuat naik oleh pentadbirnya menegaskan bahawa Mujahid tidak pernah mengeluarkan kata-kata seperti sebaran poster-poster tersebut.
Beliau menasihati orang ramai agar tidak memanjangkan fitnah dan memadam segala posting yang menggunakan poster terbabit sebelum beliau mengambil tidakan undang-undang terhadap mereka yang mem fitnah dirinya.
Berikut kenyataan pentadbir laman fb beliau :
Satu lagi fitnah oleh mereka yang tidak takut tentang dosa dan tidak bertanggungjawab.
Pihak YBM sedang pertimbangkan mengambil tindakan undang-undang sewajarnya sesiapa yang membuat fitnah dan berkongsi fitnah ini.
Sesiapa yang telah menulis atau menyebar dan berkongsi berita fitnah ini diminta untuk memadamkannya daripada fb masing-masing sebelum tindakan undang-undang diambil
Telah dijelaskan ADMIN sebelum ini bahawa YBM tidak pernah pada sebarang masa yang material mengeluarkan sebarang kenyataan seperti yang difitnah ini.