Bersediakah kita untuk jalankan ujian Covid-19 kepada semua rakyat?

Bersediakah kita untuk jalankan ujian Covid-19 kepada semua rakyat?

Umum tahu bahawa ramalan JP Morgan pada pertengahan April 2020 jangkitan kes atau positive COVID-19 di Malaysia ialah seramai 6,300 org. KP Kesihatan berkata yg KKM akan lebih agresif membuat screening dan mengasingkan mereka yg sakit agar dapat mengurangkan kes jangkitan supaya tidak sampai ke tahap lebih kurang 6,000 org.

Sejak 2 minggu aku memerhatikan trend di Malaysia “Mortality Rate” sentiasa meningkat meskipun kita dianggap agak rendah berbanding Indonesia tapi 2 kali lebih tinggi dari Thailand. Jika kita lihat sejak 2 minggu lepas Mortality Rate di Malaysia terus meningkat dari 0.42% ke 1.11% hari ini. Adalah logik jika Mortality Rate dianggarkan 1.8% pada pertengahan April. Ini membayangkan kita mungkin terpaksa menerima sekitar 113 kematian korban COVID-19 jika ia menjangkiti 6,300 org pada pertengahan April. Ini sungguh memilukan.

Aku boleh “appreciate” dan faham usaha KKM itu malah menghargainya. Cuma timbul persoalan, mampukah Frontliners melakukannya dan cukup Test Kit kah kita? Apa procedure nya? Adakah ini usaha mencari yg positif COVID-19 yg menunjukkan symptom dan contact rapat dgn pesakit yg positif shj? Apa jadi dgn kes “Sporadic”?

Rasanya ini bukan cara Korea Selatan yg membuat Screening lebih agresif bukan semata2 kpd contact rapat sbb masalah sudah jadi “Sporadic” atau “Random”, maksudnya sukar siasat sejarah mereka kerana boleh jadi atau mungkin mereka dijangkiti kerana menyentuh tempat2 yg tercemar COVID-19 oleh pembawa / carrier?

Apakah ini sdg berlaku di Malaysia? Tidak pula kita dimaklumkan secara jelas. Aku cuma agak musykil dgn kenyataan KP Kesihatan ini kerana jika ikut pengalaman aku, bukan lah sesuatu yg mudah nak dibenarkan buat Screening COVID-19 di hospital kerajaan.

Cuba baca Tulisan Dato’ Dr. Musa Nordin dan Prof. Datuk Dr. Zulkifli di bawah yg aku terima melalui whatsapp. Dato’ Dr. Musa Mohd Nordin seorang Paediatrician dari Damansara Specialist Hospital yg aku pernah tengok pernah ditemuramah oleh Nazri Kahar di Astro Awani.

Bila membaca apa yg mereka tulis, persoalan Pertama yg timbul di benak fikiran aku ialah jika Doktor sendiri sukar mendapatkan Screening Test COVID-19, apatah org biasa?

Persoalan Kedua ialah mereka sering menyebut SARS-CoV-2 sepertimana ramai pakar Virology dan Epidemiology dari merata negara berpendapat bahawa COVID-19 adalah Engineered / Altered SARS-CoV virus utk “Biological Warfare Pathogens” dan ia disebut dalam pelbagai Teori Konspirasi. Belum ada pengesahan rasmi namun ia menjadi teori yg popular di waktu ini.

Apapun, doa dan harapan kita semoga Frontliners berjaya mencegah penularan COVID-19 ini semaksima mungkin.

Wallahualam.

– Zus Din
26 March 2020

Sumber Fb :