Saya tidak sesekali akan mohon maaf kepada Steven Sim, kata Kamarul

Bertebaran luas di dalam Facebook dan WhatsApp kononnya saya telah meminta maaf kepada Steven Sim bagi mengelakkan saya daripada dikenakan tindakan saman oleh beliau.

Perlu ditegaskan bahawa saya tidak pernah dan tidak sesekali akan meminta maaf kepada Steven Sim kerana saya berkeyakinan saya tidak pernah memfitnah dan mencemuh beliau.

Seperti dinyatakan sebelum ini, sebagai seorang ahli akademik yang bertanggungjawab, saya bersedia untuk mempertahankan segala kenyataan saya terhadap Steven Sim di mahkamah.

Saman Steven Sim ini ditunggu-tunggu kerana ia bakal memberikan satu ruang yang luas untuk mendedah dan memeriksa kewujudan dan keberleluasaan evangelisme Kristian dalam DAP.

Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan kepada mana-mana pihak yang giat menyebarkan fitnah bahawa saya telah meminta maaf kepada Steven Sim.

Sumber :

COMMENTS

Wordpress (0)