“Saya tak tahu apa-apa”, kata Fizo Omar

“Saya tak tahu apa-apa”, kata Fizo Omar

“Saya tak tahu apa-apa pun tentang kes Mawar dengan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali.”

Itu respons ringkas pelakon dan usahawan, Fizo Omar berhubung khabar angin memdakwa bekas isterinya, Mawar Karim kini sedang menjalin hubungan dengan seorang menteri.

Menurut Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, dia hanya mengetahui mengenai gosip tersebut semalam.

“Saya tak tahu apa-apa pun tentang mereka dan baru dengar mengenai kes itu semalam,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Hasil tinjauan Kosmo Online!, Mawar atau nama sebenarnya Mawar Abdul Karim, 32, juga dilihat menafikan gosip tersebut kepada salah seorang pengikutnya dalam ruangan komen Instagram.

TANGKAP layar komen Mawar terhadap pertanyaan seorang pengikut Instagramnya.
“Letih hendak baca, lebih baik cari nasi kandar.

“Macam-macam cerita keluar. Saya di Kuala Lumpur sahaja. Lepas ini dengan siapa pula nak muncul (digosipkan),” balasnya kepada seorang pengguna Instagram yang mempersoalkan kesahihan gosip tersebut dalam ruangan komen.

Sehingga kini, usaha Kosmo! Online bagi mendapatkan sebarang komen daripada pemilik jenama tudung Fareeda itu masih belum berhasil selepas dia tidak membalas mesej.

Sejak Rabu lalu, tular maklumat dalam aplikasi WhatsApp berhubung Mohd Khairuddin ditahan dalam satu sekatan jalan raya (SJR) Perasing, di Kemaman, Terengganu pada 16 Mei lalu.

Dalam mesej tular tersebut, ketika ditahan, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu didakwa berada dalam kenderaan bersama seorang wanita yang merupakan bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar, Mawar Karim.

Gosip mengenai pemimpin Pas yang dikatakan sudah berkahwin dengan seorang wanita berstatus janda itu hangat diperkatakan sejak semalam.

Bagaimanapun, sehingga ini tiada sebarang penafian dibuat daripada kedua-dua pihak.

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/05/29/fizo-omar-tidak-tahu-gosip-bekas-isteri-dengan-menteri/