“Saya tak mahu apa, cukuplah nasi sebungkus buat isteri saya..”

“Saya tak mahu apa, cukuplah nasi sebungkus buat isteri saya..”

Jam 11.30 malam semalam saya di minta oleh saudara Steven untuk membantu seseorang yang memohon bantuan darinya kerana menurut pemohon tersebut sehingga jam 11.30 malam mereka masih belum berbuka puasa kerana tidak ada apa yang hendak di makan.

Saya bergegas keluar dari rumah dan terus ke kedai makan membungkus 2 nasi kandar berserta minuman ke rumah suami isteri ini, kebetulan dalam peti ais ada buah epal sebungkus yang masih belum di buka saya bawakan bersama.

Rupanya suami isteri ini tinggal sehelai sepinggang setelah di halau keluar dari rumah sewa mereka kerana tidak membayar rumah sewa yang mereka duduk sebelum ini namun bukan kerana mereka yang tidak bayar tetapi rakan yang mereka berikan duit untuk bayar kepada tuan rumah tidak membayarnya.

Selepas pulang dari mengantar anak-anak mereka yang belajar di sekolah tahfiz Kajang Selangor rumah mereka sudah tidak boleh di masuki lagi kerana tuan rumah sudah mengunci rumah dan semua barang-barang milik mereka sudah tiada termasuklah sebentuk cincin nikah isterinya.

Lalu mereka menjadi gelendangan sehelai sepingang beberapa hari bsebelum bertemu dengan seorang rakan yang mengajak suami isteri ini menumpang di rumahnya.

Bekerja sebagai seorang kelendan lori tetapi oleh kerana beberapa hari bergelendangan dan kini menumpang pula di rumah rakan lelaki maka suaminya tidak boleh nak meneruskan kerja kerana pakaian hanya ada sehelai sepinggang apatah lagi mahu tinggalkan isterinya di rumah dengan lelaki lain.

Allah.. sedihnya mendengar apa yang di lalui oleh suami isteri ini, sedih melihat wajah isterinya yang menahan kelaparan kerana bukan saja masih belum menjamah nasi tapi bersahur dan berbuka puasa pun dengan air teh saja.

Saya segera memohon untuk pulang apabila melihat isterinya menekan-nekan perut kelaparan mungkin malu untuk makan di depan saya dan saya berikan sedikit wang belanja untuk mereka gunakan sehari dua ini.

InsyaAllah petang ini saya akan bawakan sedikit bekalan makanan dan pakaian untuk mereka berdua, semoga suami isteri ini di beri kekuatan dan ada sinar di hujung kegegelapan ini.

Nota : Jika ada pakaian wanita bersaiz kecil yang hendak di dermakan kepada isterinya boleh hubungi saya 0105136534 tapi untuk mereka yang tinggal berdekatan saya saja lah.
#teamsteven

Sumber: