“Saya sangat tidak bersetuju masjid digunakan sebagai PPV buat masa ini” – Dr Kamilin

“Saya sangat tidak bersetuju masjid digunakan sebagai PPV buat masa ini” – Dr Kamilin

“Saya sangat tidak bersetuju masjid digunakan sebagai PPV buat masa ini”

Saya sangat tidak bersetuju masjid digunakan sebagai PPV (Pusat Pemberian Vaksin) buat masa ini. Bukan kerana ingin menghalang fungsi masjid sebagai pusat mesra masyarakat, tapi untuk mengelakkan fitnah terhadap masjid yang timbul akibat dari kelemahan pihak berkuasa dan masyarakat dalam pematuhan SOP.

Saya sangat tidak bersetuju

Para mufti dan ulama akan difitnah sebagai ulama jahat yang taat kepada Dajjal, sedangkan hukum-hakam yang dikeluarkan tidak lari dari kerangka ijtihad jumhur yang berlandaskan disiplin fiqh, apatah lagi tidak pernah sekali pun Dajjal dijemput hadir ke mesyuarat fatwa. Namun kerana ketempangan perlaksanaan dari pihak luar, para ulama dan masjid pula yang mendapat tempiasnya.

Solat jemaah terhad dan berjarak, tapi petugas dan penerima vaksin boleh berasak-asak di dalam masjid?

Salah ulama.

Sedang divaksin beramai-ramai, tiba-tiba azan berkumandang, kena keluar sebab tak boleh solat berjemaah melebihi kapasiti?
Salah ulama.

Masjid menjaga rapi SOP, tapi kilang dan majlis luar buat tidak peduli?

Salah ulama.

Pihak kerajaan negara luar membenarkan penganjuran konsert dan perhimpunan ramai?
Salah ulama.

Gunalah dahulu segala dewan yang ada; dewan serbaguna, dewan sukan dan dewan sekolah yang masih banyak kosong tidak diguna. Kelak jika sudah penuh kerana bekalan vaksin yang sangat banyak atau setelah masjid boleh diimarahkan, barulah dipertimbangkan penggunaan masjid sebagai PPV untuk membantu mempercepatkan proses vaksinisasi.

Sekadar lontaran.
-Dr. Kamilin Jamilin-

Sumber:

JANGAN TERLEPAS:Panas !!! Sumber dedah pegawai perubatan kontrak diberi warning