”Saya nak bawak balik, nak bagi emak sikit”, kata-kata murid ini buat cikgu sentap

“Waktu rehat dah nak habis, cepat habiskan makanan!” kata cikgu Adah.

“Kenapa kamu tak habiskan?”

“Saya nak bawa balik, nak bagi emak sikit.”

“Eh, jangan bawa balik, nanti makanan ni basi.”

“Spaghetti ni sedap, saya nak bagi mak saya rasa.”

Allahu…

Saya sangat tertarik dengan situasi ini bila cikgu Adah bercerita tadi.

Lantas, apabila habis waktu kelas saya tadi, saya berjumpa dengan guru kelasnya cikgu Nani Anne Nazidah .

“Nani tau kisah pasal budak yang nak simpan makanan untuk mak dia tu kan?”

“Ya, tau. Saya dah whatsapp mak budak tu bagitau anak dia bawa balik makanan. Spaghetti tu dah campur dengan kuahnya, bimbang basi.”

Cikgu Nani menunjukkan mesej dengan ibu budak itu.

Sudah pasti sebagai seorang ibu, ibunya terharu dengan ingatan anak terhadapnya. Baginya, cukuplah dengan cerita si anak dia habiskan makanan itu kerana sedap.

Dan pasti saya sebagai guru juga berbangga dengan murid lelaki darjah satu ini yang begitu luhur hatinya.

Saya masih tidak berpuas hati. Biasanya kisah begini, mesti yang hidup susah.

“Boleh bagitau akak maklumat pendapatan penjaga budak ni?

Ternyata budak ini tidak susah, berpendapatan sederhana.

Sudah pasti anak ini telah dididik oleh ibu bapanya dengan baik sekali. Dia diasuh agar tidak pentingkan diri sendiri.

Tatkala dia makan sesuatu yang sedap, dia teringatkan ibunya. Kata ibunya, itu makanan kegemarannya.

Sepatutnya kalau sedap dan kegemarannya, kenapa dia tidak habiskan? Kerana didikannya!

Hari ini kantin sekolah sediakan menu spaghetti carbonara + air mineral berharga rm3. Saya pun beli untuk makan tengah hari.

Sumber :

COMMENTS

Wordpress (0)