Saya kalah dengan Syed Saddiq, kata Steven Sim

Saya kalah dengan Syed Saddiq, kata Steven Sim

Saya berjumpa dengan Bro Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk bertukar pandangan tentang program-program bantuan kami di Bukit Mertajam dan Muar.

Terharu mendengar Saddiq bercakap tentang program laptop dan bantuan lain di kawasannya. Peruntukan kami sebagai Ahli Parlimen telah dipotong, tapi kami jalan terus sahaja. Bukan kerana kami hebat tapi sekadar menjalankan tanggungjawab.

Jadi kerajaan atau tidak, jadi menteri atau tidak, itu belakang kira dulu, sebagai wakil rakyat kami tetap perlu bekerja untuk rakyat.

Saya berseloroh kata kat Saddiq, “let’s compete to see who can do more!” Sebenarnya kalau nak kira betul-betul, saya kalah dengannya, terlalu jauh sangat. Tapi jomlah, kita semua berlumba-lumba buat baik.

Jalan terus, jalan tegak.

Sumber: