Saya Dikhianati Muhyiddin – Tun M

Dalam satu sidang media yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini di Yayasan Al-Bukhary, Tun menyatakan kekesalannya kerana dipermainkan sepanjang krisis ini berlaku dan beliau menamakan Muhyiddin sebagai individu yang bertanggungjawab mengkhianati beliau.

Tun M turut menegaskan beliau kini mmepunyai sokongan majoriti ahli parlimen namun buat masa ini sukar untuk berkomunikasi dengan pihak istana dan dijangka Muhyiddin akan mengangkat sumpah sebagai PM ke 8 hari ini.

Walaubagaimanapun, perjuangan Tun tidak akan terhenti. Beliau akan buktikan dalam sidang parlimen akan datang bahawa Muhyiddin tidak mendapat majoriti walaupun mungkin berhadapan kesukaran kerana kemungkinan ada ahli parlimen akan mula ditawar dengan pelbagai jawatan dan imbuhan daripada kerajaan memerintah.