“Saya bukan Islam tapi saya suka pakai tudung”

Tidak kira apa pun kaum, tudung sangat sinonim dengan masyarakat beragama Islam di negara ini. Namun, gaya pemakaian tudung sebagai fesyen kini kian mendapat tempat dalam kalangan masyarakat bukan muslim.

Buktinya, seorang pengguna Tw1iter atas nama Jia Qingg mengakui beliau gemar, bahkan beliau sering kelihatan memakai tudung untuk ke mana-mana jua.

“Saya orang Cina, saya suka berhijab (bertudung),” tulisnya di Tw1tter kelmarin. Hantaran yang dikongsi 4,900 warga maya setakat ini turut memuatkan beliau mengenakan tudung di tepi jalan raya.

"Saya bukan Islam tapi saya suka pakai tudung"

Menjawab pertanyaan ramai, Jia Qingg mengakui selesa bertudung mungkin disebabkan beliau berkawan dengan ramai orang Melayu.

“Mungkin sebab saya dah berkawan lama dengan orang Melayu kot, bila saya tengok kawan bertudung nampak ayu saja semua. Saya tertarik dengan Melayu sebab bila tutup aurat rasa tenang saja,” kata gadis berasal dari Kedah.

i’m chinese but i like to berhijab😛 pic.tw1tter.com/U73dq8TG0n

— jiaqingg (@jiaqing28512216) October 20, 2019

Memuat naik foto pertama kali bertudung, Jia Qingg pada bebenang sama berkata beliau mula mencuba tudung, dipercayai milik rakan sekolahnya, sejak tahun lalu dan berhasrat untuk terus memakainya setiap hari.

Selain beliau, beberapa wanita keturunan Tionghua lain, juga bukan beragama Islam turut berkongsi cita rasa, bahkan mereka turut memuat naik foto bertudung pada bebenang sama.

“Oh tuhan, saya juga Cina tetapi suka bertudung,” kata Yungg Chenn.

“Kita geng,” kata Yennie Ruby Yen.

omg im also a chinese but likes to berhijab 😱 pic.tw1tter.com/Hlf4kHdm23

— winnie (@yungg_chenn) October 21, 2019

Semakan ProjekMM mendapati foto bertudung yang dimuat naik ke Tw1tter sangat mirip wajah sebenar mereka pada profil Tw1tter.

Selain itu, kebanyakan warga maya memuji kecantikan mereka apabila mengenakan tudung, malah ada antara mereka mengajak untuk menganut Islam.

Untuk rekod, berdasarkan laman web Islami.co, pemakaian tudung juga diamal wanita Yahudi berdasarkan kitab Talmud.

Contohnya, kelompok Yahudi di Lev Tahor di Kanada yang kuat menentang zionisme ke atas Palestin, memakai tudung dan busana labuh serta longgar.

Berita Penuh : https://www.imuslimnetwork.com/saya-orang-cina-saya-bukan-islam-saya-suka-pakai-tudung/

BACA JUGA : Terkini !!! 88.4 peratus individu dewasa sudah lengkap vaksin

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar

    […] Sumber : [Vitdaily] [Info Rakyat] […]

  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : “Saya bukan Islam tapi saya suka pakai tudung” […]