Satu padang dipenuhi dengan sarang labah-labah

Satu padang dipenuhi dengan sarang labah-labah

Satu padang dipenuhi dengan sarang labah-labah

Serangan araknid di Gippsland, Australia menyebabkan beberapa bahagian di wilayah itu dipenuhi sarang labah-labah ketika haiwan itu mencari kawasan tinggi untuk menyelamatkan diri daripada banjir.

Gippsland yang dilanda banjir awal bulan ini, dipenuhi lautan sawang labah-labah sheetweb yang kebiasaannya hidup di atas tanah, tetapi terpaksa mencari tempat berlindung, kata pakar ekologi University of Sydney, Dieter Hochuli.

“Apabila kita dilanda hujan sebegini yang lebat dan banjir, haiwan ini yang biasanya tinggal di atas tanah terpaksa bertindak sama seperti yang kita lakukan, iaitu mencari tempat tinggi,” katanya kepada Channel 7.

Labah-labah diketahui akan melepaskan sawang untuk digunakan sebagai payung terjun dan mengubah lokasi menggunakan angin, dalam fenomena yang dikenali sebagai ‘penggelembungan’.

Sekurang-kurangnya dua individu maut apabila ribut membadai Victoria awal bulan ini, apabila pihak berkuasa menemui kedua-dua mayat di dalam dua kenderaan berasingan yang separuh tenggelam.

Ribuan individu di kawasan yang teruk terjejas juga kehilangan bekalan elektrik selama beberapa minggu, termasuk masih ada kediaman yang belum mendapat elektrik ketika ini.

Rakyat Australia yang tinggal di kawasan kampung dan wilayah tertentu kerap di landa pelbagai bencana alam sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Antaranya kemarau berpanjangan yang kemudian disusuli kebakaran hutan selama beberapa bulan pada hujung 2019 hingga awal tahun lalu, sebelum negara itu dilanda hujan lebat yang menyebabkan banjir teruk di beberapa wilayah.

Berita Penuh :https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2021/06/830888/lautan-sarang-labah-labah-penuhi-wilayah-australia