Satelit dedah lokasi pesawat MH370 di Kemboja

Teori konspirasi kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH370 nampaknya belum berakhir apabila semakin banyak pihak tampil mengemukakan penelitian dan penyelidikan mereka.

Terbaharu, seorang juruterbang, Andre Milne dari Unicorn Aerospace percaya dia dan pasukannya semakin hampir menyelesaikan misteri kehilangan MH370.

Berdasarkan laporan penyiasatan yang diperoleh, Milne mendedahkan satu imej satelit yang disifatkannya sebagai ‘kesan MH370 terhempas’ jauh di dalam hutan di Kemboja.

Satelit dedah lokasi pesawat MH370 di Kemboja

Dia memberitahu kepada Express.co.uk, imej satelit itu sudah pun dirujuk kepada pihak di Pentagon dan White House serta bercadang untuk melaksanakan misi pencarian menggunakan helikopter pada awal 2022.

Komunikasi terakhir pesawat itu direkodkan di Laut China Selatan, kira-kira 38 minit sejurus berlepas dari lapangan terbang.

Data radar menunjukkan MH370 dilencongkan dari laluannya dan hilang kira-kira 200 batu nautika di barat laut Pulau Pinang.

Namun, Milne percaya pesawat itu terhempas di Kemboja selepas menyatakan ada bukti menunjukkan isyarat ‘ping’ terakhir pesawat itu dikesan di negara tersebut.

“Dua pasukan sudah dibentuk untuk melaksanakan misi pencarian pesawat itu dan terus terang saya katakan, hampir mustahil untuk sampai ke lokasi nahas dengan berjalan kaki.

“Sehubungan itu, kami akan menggunakan dron pengawasan bagi mengesahkan tapak nahas sebelum menghantar helikopter peninjau,” katanya.

Selain itu, Milne yakin imej satelit yang dirakam itu merupakan lokasi nahas MH370.

Katanya, dia sudah membuat perbandingan gambar sebelum dan selepas berdasarkan saiz pesawat dan kesan nahas.

BACA JUGA : Tumpuan sukarelawan beralih ke Pahang, banjir makin buruk
Awas !!! Hujan lebat di hulu negeri Kelantan dan Perak petang ini

Artikel ini disiarkan pada 22/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)