Sanusi perlu bertanggungjawab atas tuduhan itu, tegas Mukhriz

Sanusi perlu bertanggungjawab atas tuduhan itu, tegas Mukhriz. Mukhriz Mahathir menuntut Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor membuat laporan polis atas dakwaan pemindahan RM13 juta milik sebuah syarikat milik kerajaan negeri ke akaun bank di Kanada atau memohon maaf dan menarik balik kenyataan itu.

Ini menyusul kenyataan Sanusi semalam yang mendakwa jumlah itu dipindahkan oleh Menteri Besar Diperbadankan (MBI) ketika Mukhriz menjadi Menteri Besar ke akaun Bank Barclays.

Mukhriz berkata, disebabkan kenyataan Sanusi, ramai yang beranggapan beliau di sebalik pemindahan wang itu.

BACA JUGA : Pindah RM13 juta ke Kanada : “Saya tidak kata ia dilakukan oleh Mukhriz” – Sanusi

“Beliau perlu bertanggungjawab terhadap apa yang dikatakannya. Saya memandang serius komen itu.

“Buat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau polis supaya siasatan terperinci boleh dilakukan.

“Atau saya cabar MB mohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau,” katanya pada sidang media hari ini.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/22/isu-pindah-rm13-juta-ke-kanada-buat-laporan-atau-minta-maaf-mukhriz-beritahu-sanusi/

COMMENTS

Wordpress (0)