Sanusi dakwa tuduhan beri projek RM1.3 bilion hanya propaganda politik

Sanusi dakwa tuduhan beri projek RM1.3 bilion hanya propaganda politik

Sanusi dakwa tuduhan beri projek RM1.3 bilion hanya propaganda politik. Kerajaan negeri Kedah menafikan dakwaan seorang ahli PKR Sungai Siput bahawa kerajaan negeri menganugerahkan projek bernilai RM1.3 bilion kepada sebuah syarikat sebagaimana dilaporkan media sebelum ini.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan negeri tidak memiliki wang sebanyak itu untuk melaksanakan projek pembangunan, apatah lagi projek berkaitan litar perlumbaan kereta.

“Projek litar lumba yang dicadangkan akan dibangunkan oleh Open Road Asia Sdn Bhd di Langkawi adalah projek pelaburan syarikat swasta, bekerjasama dengan Permodalan Kedah Berhad (PKB) sebagai pemilik tanah.

“Rundingan dan kerjasama projek ini adalah antara syarikat dengan syarikat iaitu Open Road Asia Sdn Bhd dengan Permodalan Kedah Berhad (PKB), bukan antara individu dengan individu.

Sanusi adalah pengerusi PKB. Beliau juga berkata tuduhan adanya individu muflis dalam syarikat swasta berhubung projek itu, tiada kaitan dengan kerajaan negeri.

“Tuduhan daripada pihak yang didakwa ahli parti PKR Sungai Siput bahawa terdapat individu tertentu yang didapati muflis terbabit dalam syarikat swasta tersebut adalah urusan syarikat itu yang tiada kaitan dengan kerajaan negeri Kedah,” katanya dalam kenyataan.

Sanusi

Sanusi berkata, tuduhan ahli PKR terbabit bahawa terdapat “salah guna kuasa dalam penganugerahan projek kerajaan negeri kepada syarikat itu” adalah tidak cermat dan hanyalah satu propaganda politik.

BACA JUGA : Gempar !!! Muhyiddin ke Rusila pujuk Hadi terima MP DAP?

Katanya, kerajaan negeri sentiasa bersikap terbuka untuk mengkaji, menerima dan bekerjasama dalam sesuatu cadangan pelaburan di negeri ini sekiranya terdapat pihak swasta memiliki keupayaan kewangan, pengalaman dan kesungguhan untuk melabur dalam sebarang projek yang akan menyumbang kepada pembangunan sektor ekonomi di Kedah.

“Kerajaan negeri Kedah juga sentiasa telus dan mengamalkan tahap integriti tertinggi dalam melaksanakan sebarang projek pembangunan di negeri ini.

“Kami sedar bahawa pencapaian Kedah dalam sektor pelaburan yang sangat memberansangkan dalam setahun ini mengundang rasa cemburu banyak pihak yang hanya ingin melihat kami jatuh dan gagal dan pencapaian dan kepercayaan para pelabur untuk melabur di Kedah adalah bukti kesungguhan dan ketelusan kami bekerja untuk rakyat negeri ini,” katanya.

Semalam ahli PKR Sungai Siput Indrani Selvakumar membuat laporan polis di Puchong terhadap Sanusi dengan mendakwa tokoh utama dalam syarikat yang mendapat projek berkaitan pelancongan bernilai berbilion ringgit di Kedah itu ialah individu muflis sejak beberapa tahun lalu berdasarkan pencariannya dengan Jabatan Insolvensi.

Beliau mempersoalkan bagaimana sebuah projek berbilion ringgit diberikan kepada syarikat yang tokoh utamanya sudah diisytiharkan muflis.

Katanya, individu terbabit pernah didakwa oleh Suruhanjaya Sekuriti kerana memanipulasi pasaran.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/12/kedah-tak-pernah-anugerah-projek-rm1-3-bilion-kepada-mana-mana-pihak-kata-mb/

BACA: Panas !!! Azalina tanya Rashid tak baca lagi ke surat Istana 9 Ogos?