Bekas naib presiden PAS, Nakhaie Ahmad, mempersoalkan tindakan sesetengah pihak yang terus menggunakan nama Rasulullah SAW untuk kepentingan mereka.
Walaupun tidak menyebut nama secara langsung, Nakhaie dipercayai merujuk kepada Timbalan Presiden PAS,
Tuan Ibrahim Tuan Man, yang memetik Rasulullah SAW ketika mengkritik Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berhubung isu gaji.
“Aku ambil gaji kerana Rasulullah pun ambil gaji. Aku berpoligami ikut sunnah Rasulullah.
“Cukuplah! Sampai bila nak gunakan nama Rasulullah?
“Khumus (satu perlima harta) yang diperuntukkan Allah kepada Rasulullah adalah untuk orang miskin, anak yatim, dan lain-lain.
“Hang ambil gaji untuk mengisi tembolok sendiri, untuk bermewah, sedangkan nabi sanggup berlapar untuk membela orang miskin dan anak yatim.
“Samakah tujuan nabi berpoligami dengan kamu berpoligami? Kamu berpoligami nak bela kaum wanita ke atau sekadar untuk memuaskan nafsu sahaja?” katanya.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio