Sampai ajal, pekerja kilang maut dihempap kotak 5.5tan

Sampai ajal, pekerja kilang maut dihempap kotak 5.5tan, Operator kilang lelaki meninggal dunia selepas dihempap kotak berisi kaca seberat lebih 5.5 tan di sebuah kilang, di sini hari ini.

Ketika kejadian, mangsa Muhammad Umar Mohd Shahid, 23, dikatakan sedang melakukan kerja menyusun dan mengikat kotak berkenaan di dalam kontena.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian oleh pasukan bomba dan penyelamat pada 8.10 pagi.

“Siasatan dibuat mendapati, ketika kejadian mangsa sedang mengikat kotak di dalam kontena, tetapi dia dipercayai terlanggar kayu penahan yang menyebabkan kotak itu menghempapnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Jasin untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan mati mengejut (SDR).

Sampai ajal, pekerja kilang maut dihempap kotak 5.5tan

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin Bestari, Penolong Penguasa Bomba Rahizam Ruzali berkata, sepasukan 12 anggota ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat.

“Difahamkan mangsa berada di dalam kontena bersama pemandu forklift sebelum dihempap kotak berisi kaca itu.

Sampai ajal, pekerja kilang maut dihempap kotak 5.5tan

“Pasukan mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengalihkan sisa dan ia dilakukan berhati-hati bagi mengelakkan kaca terkena mangsa serta boleh menyebabkan kecederaan yang lebih teruk,” katanya.

Rahizam berkata, mangsa ditemui selepas semua kaca dialihkan dan pegawai perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Tonton:

BACA JUGA :

Ini sebab Facebook dan Instagram akan ditutup di Eropah

Awek ini tunjuk macam mana rupa tandas wanita kalau kerja di ‘offshore’

Ini cara dapatkan balik duit kita jika tersalah transfer

CATEGORIES