Saman fitnah : Kes belum bicara, Asyraf keliru isu kos mahkamah

Saman fitnah : Kes belum bicara, Asyraf keliru isu kos mahkamah

Baru-baru ini selepas debat YB Mujahid vs YB Azeez di Sinar mengenai Tabung Haji, kecoh sebentar di kalangan netizen selepas mendengar tuduhan Asyraf Wajdi ketika ditemubual wartawan Sinar yang mengatakan YB Mujahid berhutang 2 ribu ringgit dengan beliau sebab YB Mujahid gagal buktikan pertuduhan YB Mujahid di Mahkamah berhubung saman fitnah YB Mujahid terhadap Asyraf Wajid.

Berikut adalah transkrip penuh Asyraf Wajdi ketika ditemubual wartawan Sinar:

“Sebenarnya satu perkara dia tidak perjelaskan, dia kena bayar saya 2 ribu ringgit, sampai sekarang dia tak bayar lagi, sebab apa? Sebab dia gagal membuktikan dalam pertuduhan dia di dalam mahkamah dia kata saya fitnah dia. Sedangkan memang jelas yang dia meluluskan penjualan saham-saham TNB tu dan juga beberapa saham-saham lain, cuma waktu itu dia kata dia tak ada kuasa meluluskan penjualan.

Tetapi saya kata dia adalah Menteri di bawah seksyen 20 akta tabung haji dia mempunyai kuasa, dan tabung haji perlu mendapatkan keizinan daripada YB Menteri yang menjaga tabung haji bagi sebarang urusan penjualan aset-aset tabung haji. Yang ini dia minta daripada mahkamah untuk buat pindaan sebab terkhilaf dia kata sebab sebelum ni dia tak rujuk pegawai-pegawai dia, baru dia rujuk, rupa-rupanya dia memang ada kuasa, dan mahkamah kata ok lah, yang penting dia kena bayar saya 2 ribu ringgit, yang ni satu perkara dia tak jawab.”

Maka rata-rata netizen kecoh sana-sini dan bertanya, bila pula YB Mujahid kalah saman dengan Asyraf Wajdi sampai kena bayar 2 ribu ringgit? Betul ke Mahkamah putuskan YB Mujahid gagal buktikan tuntutan beliau di dalam saman fitnah terhadap Asyraf tersebut? Kenapa tiada wartawan yang laporkan YB Mujahid kalah saman?

Bila disemak, rupa-rupanya kes saman fitnah YB Mujahid tersebut belum pun ditetapkan untuk Bicara Penuh lagi dan belum pun ada sebarang keputusan siapa betul siapa salah.

Apa yang ada baru-baru ini ialah YB Mujahid telah failkan permohonan interlokutori untuk meminda pernyataan tuntutan. Pihak Asyraf Wajdi pula telah menentang habis-habisan permohonan untuk pinda ini di Mahkamah. Setelah permohonan ini ditetapkan untuk pendengaran di depan Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim akhirnya menolak hujahan pihak Asyraf Wajdi dan seterusnya membenarkan permohonan YB Mujahid untuk meminta pernyataan tuntutannya dengan kos RM2,000.

Siapa menang siapa kalah dalam saman fitnah ini belum pun diputuskan. Dakwaan YB Mujahid bahawa Asyraf Wajid telah memfitnah beliau kerana menjual saham TNB masih belum diputuskan oleh Mahkamah. Tapi Asyraf Wajdi ini pula memandai-mandai mengelirukan semua orang apabila kata seolah-olahnya YB Mujahid kena bayar RM2000 sebab YB Mujahid gagal buktikan saman fitnah beliau. Karut apakah ini?

Dalam mana-mana permohonan interlokutori, Mahkamah pasti akan berikan kos. Kos ini bukanlah kos kerana menang saman. Ini namanya kos untuk kebenaran sesuatu permohonan interlokutori. Maka dalam isu saman fitnah YB Mujahid ini, Mahkamah berikan kos RM2,000 sebagai balasan kepada kebenaran untuk meminda pernyataan tuntutan. Itu sahaja. Bukan kos sebab kalah kes.

Malah dalam mana-mana kes litigasi di Mahkamah, permohonan interlokutori seperti pinda-meminda saman ini adalah biasa sahaja. Apa-apa sahaja jenis permohonan di Mahkamah sebelum sesuatu Perbicaraan ditetapkan dinamakan permohonan interlokutori.

Sama macam kes 1MDB Najib Razak 14 Ogos lepas, apabila Mahkamah menolak permohonan interlokutori Najib Razak untuk membatalkan pertuduhan meminda laporan akhir audit 1MDB.

Contoh lain, termasuk kes saman fitnah 1MDB Najib Razak terhadap Harakah. Dalam kes ini, Mahkamah Tinggi pada 7 April, 2016 menolak permohonan Najib Razak untuk meminta pernyataan tuntutan sehingga Najib Razak terpaksa merayu ke Mahkamah Rayuan.

Begitu juga pada 23 Mei, 2016 Mahkamah Tinggi menolak permohonan interlokutori Najib Razak untuk mendapatkan penghakiman terus terhadap Harakah; juga berhubung saman fitnah isu 1MDB di mana permohonan Najib Razak ini ditolak dengan kos RM3000.

Jadi jika hendak ikutkan formula terlebih cerdik Asyraf Wajid, maksudnya Najib Razak telah kalah bertubi-tubi dalam kes saman fitnah beliau dalam isu 1MDB hanya disebabkan permohonan-permohonan interlokutori Najib ditolak oleh Mahkamah.

Kekarutan Asyraf Wajdi ini sama seperti perangai orang PAS dalam isu saman Presiden Pas Abdul Hadi Awang dalam kes saman fitnah terhadap Sarawak Report di London. Semasa peringkat keputusan permohonan-permohonan interlokutori, bergegak gempitalah penyokong-penyokong Pas berkata “TGHH (Tok Guru Haji Hadi) menang semua lima permohonan interlokutori! Sarawak Report diperintah membayar keseluruhan kos 28,900 pound (RM155,791)”.

Baru peringkat interlokutori, orang Pas dah bersorak macam dah menang kes.

Tapi akhirnya semua tahu, bila dah dekat nak sampai ke tarikh bicara, Abdul Hadi Awang sendiri tarik balik saman fitnah terhadap Sarawak Report, malah Hadi perlu bayar RM1.4 juta pula kepada Claire.

Nampaknya Asyraf Wajdi ni tidak lah cerdik mana sejak berjangkit dengan penyakit orang Pas ni.

Ni berita berkaitan;

https://malaysiadateline.com/fitnah-jual-aset-tabung-haji-…/

Sumber :