Salah buat gaya rambut, salun diarah bayar RM1.13 juta

Salah

Salah buat gaya rambut, salun diarah bayar RM1.13 juta. Gara-gara salah potong gaya rambut seorang model, pemilik salun di India didenda 20 juta Rupee (kira-kira RM1.13 juta).

Ia diputuskan sebuah mahkamah pengguna di India yang mengarahkan sebuah salun membayar ganti rugi itu kerana membuat potongan gaya rambut salah kepada seorang model.

Mahkamah pengguna itu berkata, wanita berkenaan mendapat pekerjaan daripada syarikat rambut kerana rambutnya yang panjang.

Namun, salun itu menjejaskan ‘periuk nasi’ wanita itu apabila memotong rambutnya dengan gaya tidak sesuai sebagaimana arahannya sekali gus mengakibatkan kerugian besar.

Salah

Salun yang juga pemilikannya sebahagian rangkaian hotel terkemuka di New Delhi bagaimanapun dibenar membuat rayuan terhadap keputusan itu.

Suruhanjaya Pertikaian dan Penyelesaian Pengguna Nasional (NCDRC) berkata, pengadu kehilangan peluang kerja yang diharapkan.

Ia sekali gus menyebabkan wanita itu mengalami kerugian besar yang mengubah gaya hidupnya dan merosakkan impiannya menjadi model ternama.

“Dia juga mengalami masalah mental dan trauma yang teruk kerana kecuaian dalam memotong rambutnya itu dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerjanya dan akhirnya kehilangan pekerjaan,” katanya.

Pada 2018, model berkenaan mendapatkan khidmat potongan rambut di salun hotel terbabit dengan memberikan arahan khusus kepada petugas mengenai gaya yang dimahukan.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/09/759999/salah-gaya-rambut-salun-diarah-bayar-rm113-juta

BACA: Tak puas hati dengan Azmin didakwa jadi punca Ketua Bersatu keluar parti

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA: Salah buat gaya rambut, salun diarah bayar RM1.13 juta […]