Salad habis, KFC terpaksa ganti dengan kubis

Salad habis, KFC terpaksa ganti dengan kubis. Rangkaian restoran makanan segera KFC Australia sekali lagi terpaksa membuat perubahan menu kerana mengalami masalah kekurangan bahan utama iaitu daun salad, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Syarikat itu menyiarkan notis di laman web tempatannya pada minggu ini dengan memberitahu pelanggan bahawa mereka akan menambah sayur kubis dalam beberapa produk kerana tanaman salad di seluruh negara telah musnah akibat banjir baru-baru ini.

“Kami menggunakan campuran salad dan kubis pada semua produk yang mengandungi salad sehingga pemberitahuan lanjut kelak,” katanya dengan merujuk kepada kekurangan bekalan berlaku akibat banjir di New South Wales dan Queensland.

Baca Artikel Penuh