Saksi sahkan Najib lantik diri sendiri jadi Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB

Saksi sahkan Najib lantik diri sendiri jadi Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB. Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Razak melantik dirinya menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat (BOA) 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Siti Zauyah Mohd Desa, saksi ke-26 pendakwaan ketika membaca penyataan saksinya, berkata menteri kewangan tidak terbabit secara langsung dalam syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan yang lain selain 1MDB.

Beliau memberitahu demikian dalam perbicaraan kes Najib yang menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Baca Artikel Penuh