Sajat ‘cerai talak 3’ dengan Malaysia, kini berada di Australia

Sejak mulai ‘berani’ kembali di media sosial, usahawan penuh kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dilihat telah menyapa para pengikutnya yang sudah lama menunggu kemunculannya.

Dalam perkongsian di IG live, Sajat memaklumkan yang dirinya sedang menjalankan kuarantin di Canterbury, Australia dan telah pun rasmi berhijrah ke negara Kanggaru itu.

Kuarantin di Ausie, akan buka perniagaan disana

Bercerita tentang perkembangan terkini, usahawan terbabit berkata bahawa akan ada beberapa perancangan untuknya survive di negara tersebut. Salah satunya adalah membuka kembali perniagaan dibantu beberapa pihak termasuklah akan menghadiri wawancara di salah satu media di Australia untuk bercerita tentang dirinya.

Ditanya apa perasaan ketika ini selepas berada di negara terbabit, Sajat mengakui sangat bahagia kerana sudah bebas dan boleh menjadi dirinya sendiri.

Sajat 'cerai talak 3' dengan Malaysia, kini berada di Australia

Ulas sikit tentang kes yang berlaku

Ada juga netizen yang mahukan usahawan itu mengulas tentang kesnya yang sebelum ini sehingga dia perlu ‘menyeludup’ masuk ke negara jiran untuk melarikan diri susulan waran tangkap dikenakan.

Menurutnya, apa yang terjadi tidaklah seperti yang disangka dan semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Dia juga menghormati kerja pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjalankan tugas dengan baik.

Dah jual semua perniagaan di Malaysia

Selain itu, Sajat turut memaklumkan yang segala perniagaannya di Malaysia sudahpun di jual dan kini berhijrah ke Australia untuk memulakan perniagaan baharu selepas selesai dikuarantin.

Agama hal peribadi, sampai ke lubang kubur tak akan mengaku tentang jantina

Menjawab soalan tentang agama, usahawan terbabit menjelaskan yang isu itu adalah satu perkara peribadi dan dia sama sekali tidak mahu mengulas kerana baginya biarlah dia menjalankan kewajiban sebagai umat Islam mengikut caranya sendiri.

Tak hanya itu, Sajat memberitahu yang dia sama sekali tidak akan mengaku berkenaan jantina walaupun sehingga ke lubang kubur kelak kerana padanya dia tetap wanita.

Setiap orang tidak ada hal untuk memaksa dirinya menjadi orang lain dan sangat kecewa dengan mereka yang memintanya berubah secara luaran sedangkan dalamannya adalah seorang wanita.

Di akhir IG live Sajat, dia mengesahkan dirinya sudah ‘bercerai’ talak tiga dengan Malaysia dan tidak akan boleh kembali ke sini lagi. Dia sama sekali tidak berasa ralat akan hal itu dan cukup teruja untuk memulakan kehidupan yang baru di Australia.

Perancangannya adalah untuk membuka perniagaan dan membantu rakyat Malaysia yang ingin bekerja di Australia dengan cara bekerja di bawah perniagaannya kelak.

Berita Penuh : https://ohmymedia.cc/kini-berada-di-australia-sajat-akui-dah-cerai-talak-3-dengan-malaysia/

BACA JUGA : Penganggur digantung sampai mati, bunuh abang ipar cuba rogol adik perempuan

COMMENTS

Wordpress (0)