“Saja-saja check, rupanya ada RM3,000” terkejut bila semak wang tak dituntut

“Saja-saja check, rupanya ada RM3,000” terkejut bila semak wang tak dituntut. Sejak dari kecil hingga kini, kita pasti telah beberapa kali membuat akaun bank sama ada untuk menyimpan duit atau pun atas faktor kerja. Mungkin ada daripada kita yang mempunyai lebih dari dua kad bank atau ada sebarang insuran yang sudah lama tak aktif.

Jadi, kalau korang ada kad bank yang telah lama tak aktif, contoh di dalamnya ada lebih dari RM50, takkan nak biarkan saja duit di dalam tu? Jadi, lelaki ini tunjuk cara untuk semak semula wang yang tak dituntut.

Ya, sebenarnya Jabatan Akauntan Negara Malaysia ada satu bahagian yang dikhususkan untuk perkara seperti wang tidak dituntut.

check

Cek wang Tak dituntut anda. Saya ingatkan takde, bila cek ada dekat RM3,000 rupanya.

Saya share sini cara nak buat.

1) Layari https://egumis.anm.gov.my/

2) Untuk yang pertama kali, register dulu (sign-in). Isi semua maklumat yang diperlukan.

check

3) Log in semula. Kemudian, masukkan semua maklumat yang diperlukan. (Lengkapkan alamat)

4) Untuk cek wang tidak dituntut. Masukkan IC . Boleh bantu check untuk pasangan anda juga.

check

**Maksimum boleh check dua nombor IC sahaja.

Sumber: https://siakapkeli.my/2021/08/29/ingat-takde-bila-cek-dekat-rm3000-semak-wang-tak-dituntut-anda-dari-akaun-bank-lama-yang-dah-tak-aktif/

BACA : Komponen BN dilapor beri ingatan agar Ismail Sabri jangan telan bulat-bulat keputusan MT Umno