Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa saiz perkhidmatan awam ketika ini terlalu besar dan patut dikurangkan.
Walau bagaimanapun, beliau menambah bahawa mengecilkan perkhidmatan awam satu cabaran besar keranan akan menimbulkan masalah baru iaitu hilang pekerjaan dan pengangguran sehingga boleh menyebabkan berlakuknya masalah sosial .
Beliau berkata ketika beliau melangkah sebagai perdana menteri pada tahun 2003, hanya ada satu juta penjawat awam, tetapi kini angka itu meningkat kepada 1.7 juta, tidak termasuk entiti “luar anggaran” yang kakitangannya dibayar oleh kerajaan.
“Dengan menggunakan teknologi maklumat, komputer, dan sebagainya, kita dapat mengurangkan saiz ini. Tetapi jika kita mengurangkan saiz, akan ada masalah pengangguran dan ini akan menyebabkan masalah sosial bagi kita.
“Oleh itu, kita perlu membangunkan negara kita, contohnya pembuatan, supaya lebih banyak orang kita boleh beralih daripada bekerja untuk kerajaan untuk bekerja untuk sektor swasta, dan meningkatkan pendapatan mereka di atas pegawai kerajaan biasa.
“Saya berpendapat saiz perkhidmatan awam terlalu besar dan perlu dikurangkan,” katanya.
Beliau bercakap pada sesi dialog dengan kakitangan Kementerian Pertahanan di ibu pejabat kementerian di Kuala Lumpur hari ini.
Lawatan itu adalah lawatan pertama Mahathir ke ibu pejabat kementerian sejak menjadi perdana menteri buat kali kedua.