Saintis kebingungan dengan bunyi pelik berjaya dirakam sekitar terumbu karang

Saintis kebingungan dengan bunyi pelik berjaya dirakam sekitar terumbu karang.Kajian terbaharu yang diketuai oleh penyelidik dari Universiti Exeter dan Universiti Bristol telah mengesan bunyi yang tidak pernah direkodkan sebelum ini dalam ekosistem terumbu karang di Kepulauan Spermonde, Sulawesi, Indonesia.

Bagaimanapun, bunyi ‘pelik’ itu memperlihatkan bahawa projek pemulihan terumbu karang di kepulauan itu berjaya.

Menurut Phys.org, ribuan meter persegi karang sedang ditanam di terumbu yang telah musnah sebelum ini di negara itu.

“Penanaman karang membuatkan projek pemulihan berjaya tetapi ia hanya sebahagian daripada ekosistem,” kata pengarang utama dari Universiti Exeter, Dr. Tim Lamont.

Profesor Steve Simpson dari Universiti Bristol pula berkata banyak yang perlu dipelajari oleh mereka mengenai maksud kesemua bunyi yang didengari dan haiwan apa yang mencetuskan bunyi tersebut.

Saintis

“Beberapa bunyi yang kami rakam benar-benar pelik dan ia sesuatu yang baru bagi kami sebagai saintis.

“Tetapi, dapat mendengar ekosistem itu hidup semula merupakan sesuatu yang amat mengagumkan,” katanya.

Bunyi terumbu yang dipulihkan dikatakan tidak sama dengan terumbu yang sihat dan sedia ada tetapi kepelbagaian bunyi adalah serupa, menjadikannya satu ekosistem yang sihat dan berfungsi.

Kajian itu telah menggunakan rakaman akustik yang diambil pada 2018 dan 2019 sebagai sebahagian daripada program pemantauan untuk Projek Pemulihan Terumbu Karang Marikh.

BACA: Panas !!! Sumber dedah hubungan Zahid-Hadi kian dingin, MN tinggal ‘nyawa-nyawa ikan’

Artikel ini disiarkan pada 11/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)