Saham Arak Melonjak Setelah Pas Nafi Akan Tutup Kilang Arak?

Saham Arak Melonjak Setelah Pas Nafi Akan Tutup Kilang Arak?

Semalam saham syarikat arak Carlsberg, Heiniken jatuh teruk.. Hari ini saham itu melonjak naik dengan tinggi… Mungkin sebabnya semalam jatuh, tersebarnya poster PAS akan tutup kilang arak beransur ansur..

Semalam Tuan Ibrahim dalam facebook peribadinya menafikan poster tersebut..Dan mendakwa ianya palsu dan Fitnah, Mafhum Mukhalafah dari penafian Tuan Ibrahim itu bermakna PAS takda hasrat nak tutup kilang Arak.. sebelum ni depa bukan saja demo minta tutup kilang arak..tapi mahu haramkan Arak..

dari kenyataan Tuan Ibrahim itu menyebabkan saham syarikat arak seperti Carlsberg,Heiniken melonjak naik.. Apakah kenaikan ini hasil dari penafian Tuan Ibrahim..? makna kata boleh ditafsirkan kenyataan Tuan Ibrahim menyumbang kepada naiknya saham syarikat Arak hari ini..

Nampak tak Allah nak tunjuk ? Belum pun angkat sumpah.. Belum pun jadi kerajaan.. mereka dah membela Syarikat Arak.. apa yang depa tuduh kepada PH terutama Menteri Agama..Allah perlihatkan sikap mempergunakan agama demi Politik..

Masa mujahid jadi menteri Agama pun dia takda sibuk dengan cerita Kilang Arak..PAS hari pertama dah buat ketetapan pasal Syarikat arak.. walhal isu arak, mabuk, kilang arak takda kaitan dengan Menteri Agama…

Bayangkan kalau Mujahid yang kata kenyataan itu palsu, Apa tuduhan Ustaz PAS..walaun PAS kepada PH..

1- Mujahid Pertahan Kilang Arak..
2- Menteri Agama bela Pemabuk..
3- Kapir dah naik Tocang..bila PH perintah
4- PH tak takut Laknat Allah..
5- Agenda merosakkan Ummat melayu dan Islam..

Tu baru satu dua dalil yg mungkin keluar dalam kuliah Ustaz2 PAS di masjid dan Surau..sambil makcik pakcik mengangguk marah dengan kerajaan PH…

Alhamdulillah..Belum pun depa angkat Sumpah..Allah dah tunjuk satu satu apa yang depa tuduh.. Mungkin kami dulu tak mampu jawab fitnah kelompok pelampau agama ini.. hari ini Allah taqdirkan jawapan dari pemimpin PAS sendiri..

Itu baru bab Arak.. Tunggu Allah perlihatkan satu persatu pulak lepas ni, Isu Liberal, LGBT, Kristian, Dong Zong, Vernakular…. ini mungkin adalah jawapan dari Allah.. 🙂

Ipohmali (Klik untuk link asal pendapat)