Sah hilang majoriti. Kesemua pembangkang menolak tawaran Tan Sri Mahiaddin Md Yassin untuk bekerjasama dengan kerajaan menjadikan 120 ahli Parlimen menolak dan mendesak beliau meletakkan jawatan segera.
Yang terakhir membuat pendirian itu adalah Pejuang pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat keputusan lewat malam tadi.
Turut berdiri menolak tawaran Mahiaddin adalah ahli Parlimen DAP dari Serdang, Ong Kian Ming yang mengambil sikap berdiri bersama partinya walaupun sebelumnya meminta parti-parti politik menimbangkan cadangan itu.
“Majlis Presiden PH telah membuat keputusan menolak tawaran untuk berbincang dengan PM Mahiaddin dan saya berdiri bersama dengan keputusan parti,” kata Ong Kian Ming dalam kenyataan di Twitter beliau.
Dalam kenyataan lewat malam tadi, Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, Pejuang yang mempunyai empat ahli Parlimen akan terus kekal dengan prinsip dan menolak keras tawaran Mahiaddin.
“Tawaran ini ibarat rasuah jawatan demi mendapatkan sokongan yang hanya menguntungkan diri beliau sendiri.
“Sudah terang lagi bersuluh, inilah usaha terdesak Tan Sri Mahiaddin bagi mengekalkan kuasa dengan cara yang cukup tidak bermaruah,” kata Mukhriz dalam kenyataan itu.
Sah hilang majoriti
Sebelum ini, Pakatan Harapan (PH) yang mempunyai 89 kerusi (DAP-42, PKR-36, AMANAH-11), Warisan (8), PSB (2), Upko (1) Muda (1) dan Bebas (1) serta Umno (15) telah menolak tawaran Mahiaddin.
Dalam ucapan yang dibuat petang semalam, Mahiaddin menawarkan kerjasama dengan parti-parti pembangkang bagi membentuk kerajaan bi-partisan bagi membolehkan kerajaannnya kekal.
Antara janji Mahiaddin adalah beliau akan mempastikan kleptokrat tidak kembali berkuasa yang dipercayai bertujuan untuk membeli jiwa Pakatan Harapan dan pembangkang yang lain, kecuali Umno, yang sememangnya berjuang agar kleptokrat yang terdiri dari para pemimpin Umno tidak kembali berkuasa.
Mahiaddin juga turut menawarkan untuk menjadikan Ketua Pembangkang yang kini dipegang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat kemudahan bertaraf menteri kanan kerajaan beliau.
Turut ditawarkan adalah usaha untuk menggubal undang-undang anti lompat parti dan menetapkan jawatan perdana menteri hanya dua penggal sahaja.
Berita penuh : https://malaysiadateline.com/120-dari-220-ahli-parlimen-tolak-tawaran-mahiaddin-desak-letak-jawatan-segera/
BACA JUGA :
Terkini !!! Warisan, 3 parti umum tolak tawaran Muhyiddin
Ahli Parlimen Amanah desak Azhar letak jawatan Speaker
Gempar !!! Najib beri bayangan sesuatu yang besar bakal berlaku dalam tempoh 48 jam