Sabah tak laksana PKPB, kekal PKP 4 hingga 12 Mei 2020

Sabah tak laksana PKPB, kekal PKP 4 hingga 12 Mei 2020

KENYATAAN MEDIA PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) COVID-19

Kerajaan Negeri pada hari ini memutuskan untuk tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan pada 01 Mei 2020 dan mengekalkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Tahap 4 yang akan berakhir pada 12 Mei 2020.

Pendirian ini diambil bagi meneruskan usaha untuk membendung penularan pandemik COVID-19 dan memastikan rakyat tidak terdedah dengan jangkitan virus COVID-19.

Saya menyeru rakyat untuk terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Tahap 4 yang sedang berkuatkuasa.

YAB KETUA MENTERI SABAH
03 Mei 2020

Sumber :

COMMENTS