RUU355 mesti lebih mudah untuk diluluskan

RUU355 mesti lebih mudah untuk diluluskan

Amanah mengarahkan anggota dan pimpinannya agar bersiap-sedia dengan hujah kukuh bagi berdepan dengan percaturan politik PAS berkaitan usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau juga dikenali sebagai Akta 355.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu, berkata usul yang pernah dibawa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, ke Dewan Rakyat sebelum ini pernah menyebabkan Amanah diserang teruk, termasuk dilabelkan sebagai munafik.

Namun kini, katanya, PAS sepatutnya lebih mudah untuk membawa semula usul tersebut dan meluluskannya kerana parti itu sendiri sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Ketika berada dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, pemimpin Amanah diserang habis-habisan, dimaki dan dicerca termasuk dilabel munafik oleh parti Islam khususnya dalam isu meluluskan Akta 355 di Parlimen.

“Namun sekarang ini, parti Islam (PAS) yang menghentam Amanah itu, kini sudah di tampuk kuasa walaupun melalui pintu belakang.

“Maka tugas untuk membawa dan meluluskan RUU355 kini menjadi tanggungjawab PAS dan tentunya ia menjadi lebih mudah kerana mereka adalah sebahagian daripada kerajaan,” katanya.

RUU355 adalah satu usul persendirian yang pernah dibawa Abdul Hadi untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau (Akta 355).

Bentang tapi tak dibahas

Ia bertujuan meningkatkan hukuman mahkamah syariah berhubung kesalahan jenayah.

Melalui cadangan pindaan itu, mahkamah syariah boleh mengenakan hukuman yang lebih tinggi berbanding penjara sehingga tiga tahun, denda tidak melebihi RM5,000 dan sebatan tidak melebihi enam kali pada masa ini.

Pindaan itu mencadangkan seorang pesalah boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun, denda tidak melebihi RM100,000 dan sebatan boleh dibuat sehingga 100 kali.

Dianggap sebagai di luar kebiasaan, usul berkenaan dibenarkan kerajaan BN untuk dibentangkan ketika PAS adalah parti pembangkang ketika itu. Bagaimanapun selepas ia dibentangkan, usul tersebut tidak dibahaskan, sebaliknya sidang Dewan Rakyat ditangguhkan.

Sementara itu Mohamad yang juga bekas menteri pertahanan turut memuji pemimpin dan ahli Amanah secara umumnya mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Katanya, bermula di peringkat pimpinan nasional hingga cawangan masing-masing memainkan peranan bagi memastikan wabak Covid-19 dapat dihentikan.

“Di samping mematuhi arahan pihak keselamatan, marilah kita sama-sama berdoa agar rantaian wabak ini dapat dihentikan dan PKP dapat ditamatkan agar masyarakat dapat kembali meneruskan kehidupan seperti biasa,” katanya.

Dapat hidup seperti biasa

Untuk rekod RUU355 adalah usul persendirian yang pernah dibawa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau juga dikenali sebagai Akta 355.

Ia bertujuan meningkatkan hukuman mahkamah syariah berhubung kesalahan jenayah.

Melalui cadangan pindaan itu, mahkamah syariah boleh mengenakan hukuman yang lebih tinggi berbanding penjara sehingga tiga tahun, denda tidak melebihi RM5,000 dan sebatan tidak melebihi enam kali pada masa ini.

Pindaan itu mencadangkan seorang pesalah boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun, denda tidak melebihi RM100,000 dan sebatan boleh dibuat sehingga 100 kali.

Pengkritik – termasuk MCA – menentang usul tersebut dan sesetengah pihak mendakwa ia adalah cara halus PAS mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini. PAS bagaimanapun menafikannya.

Sementara itu Mohamad yang juga bekas menteri pertahanan turut memuji pemimpin dan ahli Amanah kerana secara umumnya mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Katanya, bermula di peringkat pimpinan nasional hingga cawangan masing-masing memainkan peranan bagi memastikan wabak Covid-19 dapat dihentikan.

“Di samping mematuhi arahan pihak keselamatan, marilah kita sama-sama berdoa agar rantaian wabak ini dapat dihentikan dan PKP dapat ditamatkan agar masyarakat dapat kembali meneruskan kehidupan seperti biasa,” katanya.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/521783