RUU355 kena tunggu kelulusan dasar kabinet dahulu, kata Idris

RUU355

RUU355 kena tunggu kelulusan dasar kabinet dahulu.Kerajaan akan memperkenalkan 11 rang undang-undang syariah baru yang sedang digubal ketika ini, termasuk Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama Islam), Ahmad Marzuk Shaary.

Selain itu, katanya, beberapa pindaan undang-undang sedia ada juga sedang dirangka yang merupakan sebahagian daripada pelan kerajaan untuk memperkasakan undang-undang syariah di Malaysia khususnya di Wilayah Persekutuan.

Ini menurut Ahmad Marzk, termasuk Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang akan dipinda di bawah rancangan lima tahun.

“Penggubalan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) merupakan sebahagian daripada pelan pemerkasaan tersebut.

“Selain daripada pindaan kepada Akta 355, melalui pelan pemerkasaan tersebut juga kerajaan telah dalam proses untuk menggubal beberapa undang-undang syariah baru termasuk RUU Wakaf, RUU Mufti, RUU Mahkamah Syariah dan lain-lain,” katanya yanng dipetik oleh laman web PNBBC.

RUU355

RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam dibentangkan setelah Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur memutuskan bahawa masyarakat bukan Islam boleh menggunakan kalimah “Allah”.

Sebelum ini, dalam wawancara dengan akhbar rasmi PAS, Harakah Daily, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama Islam) yang baru dilantik, Idris Ahmad berkata bahawa isu berkaitan dengan Akta 355 “telah dibincangkan dan ia kini masih menunggu kelulusan dasar kabinet untuk dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja, sebelum dibawa kembali kepada sidang Parlimen yang akan datang.”

“Cuma draf awal RUU 355 sudah melepasi semakan Pejabat Peguam Negara. Apa pun, kita kena tunggu kelulusan dasar kabinet,” kata Idris.

Media sebelum ini melaporkan PAS tetap istiqamah dengan agenda untuk melaksanakan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau lebih dikenali sebagai Akta 355 atau hukum hudud di Malaysia.

Bagaimanapun, Ketua Dewan Ulama PAS, Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, perjuangan itu tidak boleh dibuat tergesa-gesa kerana PAS mahu memperkenalkan Islam yang baik kepada masyarakat umum terlebih dahulu.

“Islam ini jangan kita nampak bahawa dia hukum sahaja, itu tidak betul. Kita nak keadilan itu dilihat sebagai Islam, kerja yang mantap itu Islam.

“RUU 355 ini pun insya-Allah, pada satu masa, ia akan sampai juga, tak payah nak bimbang, gunung dikejar tak akan lari, insya-Allah,” katanya.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/590286

BACA: Panas !!! Anwar didakwa sudah 4 bulan dimaklum konflik PKR di Negeri Sembilan