RUU Syariah : Ahli politik suka bercakap saja, kata Menteri Undang-Undang

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sejumlah rang undang-undang (RUU) syariah yang dicadangkan, termasuk RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam, belum dibawa ke peringkat kabinet.

Wan Junaidi berkata, sebelum itu, ia perlu mendapat persetujuan semua negeri.

Hal ehwal agama adalah di bawah bidang kuasa negeri. Kebanyakan negeri mempunyai undang-undang sama berkenaan kawalan pengembangan agama bukan Islam, tetapi Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang tiada undang-undang seumpamanya.

RUU Syariah : Ahli politik suka bercakap saja, kata Menteri Undang-Undang

“Agama (di bawah) kerajaan negeri, jika puat buat (undang-undang berkenaannya) ia tidak mengikat. Kita perlu adakan libat urus dengan pihak negeri-negeri sama ada mereka setuju atau tidak.

“Ahli politik suka bercakap saja tetapi soal pelaksanaan – jika negeri tak setuju ia tak akan boleh berlaku” katanya yang juga pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Marzuk Shaari, daripada PAS, mengumumkan 11 RUU syariah baru sedang digubal pada masa ini.

RUU tersebut dicadangkan ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin, dan termasuk RUU Wakaf, RUU Mufti, RUU Mahkamah Syariah, selain pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).

Menurut Marzuk, ia sebahagian daripada pelan memperkasakan undang-undang syariah di Malaysia khususnya di Wilayah Persekutuan.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/590349

BACA JUGA : Panas !!! Sarjan Tentera dipecat kerana enggan divaksin bawa kes ke mahkamah