RUU sekat agama selain Islam : Mana suara Menteri Agama?

RUU355

Harap Menteri Agama dapat jawab dan jernihkan keadaan.

La ni, saya lihat, agak hangat dibincangkan di media isu hasrat Gomen Tebuk Atap 2.0 untuk bentang Ruu menghalang penyebaran ajaran bukan islam kepada muslim.

Berdasarkan laporan media, saya lihat ramai orang khususnya dari kalangan rakyat yang bukan islam yang membantah.

RUU sekat agama selain Islam : Mana suara Menteri Agama?

Bila saya membaca kenyataan mereka, meskipun saya boleh ” relate” kebimbangan mereka, tapi dalam masa yg sama saya agak simpati dengan mereka kerana majoriti dari mereka mungkin tak berapa arif ttg perkara yang mereka kritik.

Yang lebih malang sama ada Menteri Undang Undang ( GPS ) dan Menteri Agama dan Timbalannya ( parti ehem) pun nampaknya tidak berusaha untuk menjernihkan keadaan. Malangnya, depa tak bersuara menjawab reaksi pandangan dan kekeliruan para non muslim itu.

Saya tak pasti jika andaikata RUU 355 pindaaan ingin dibentang , lepas atau tidak Menteri Agama nak yakinkan teman mereka di kabinet apa lagi di Parlimen ?

Maaf , jujurnya saya tak pasti sama ada Menteri dan Timbalan Menteri agama dari parti ehem itu sendiri benar benar faham atau tidak isu ini?. Saya harap depa faham dan dapat “engage” dengan para pengkritik bagi menjernihkan keadaan.

Sumber :

BACA JUGA : Ini senarai kelonggaran penduduk Lembah Klang perlu tahu