Rupanya Negeri Sembilan ada tabung pembangunan untuk usahawan yang ramai tak tahu? Ini ceritanya.
TUNS PLUS adalah supaya usahawan yang dibantu berjaya untuk mengembangkan dan meningkatkan perniagaan mereka ke arah yang lebih baik.
Ini bermaksud peningkatan dari berstatus usahawan mikro menjadi kecil, kemudian dari kecil menjadi sederhana dan seterusnya.
Bermula sejak kedua-dua inisiatif ini diperkenalkan, ramai usahawan di Negeri Sembilan yang telah mendapat manfaat.
PKNNS juga sentiasa menambah baik pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini dari semasa ke semasa bagi memastikan bantuan ini sampai ke kumpulan sasar.
Sebagai contoh, pada tahun 2019, permohonan TUNS perlu dibuat secara manual menggunakan borang fizikal di mana para pemohon perlu menghantar borang permohonan dan dokumen sokongan ke pejabat PKNNS.
Ia menjadi satu kekangan utama untuk pemohon yang menetap jauh dan di luar dari daerah Seremban kerana perlu mengambil kira jarak, kos dan masa perjalanan mereka.
Oleh yang demikian, seiring dengan perkembangan teknologi digital masa kini, di mana penggunaan telefon pintar dan internet sudah dianggap sebagai satu keperluan, kaedah permohonan TUNS telah di digitalkan sepenuhnya bermula pada tahun 2020.
Semua permohonan boleh dibuat secara atas talian tanpa perlu ke pejabat melalui laman sesawang www.tuns.my.
Namun begitu, sukacita diingatkan bahawa pemohon perlulah membaca segala syarat-syarat permohonan sebelum permohonan dibuat bagi memastikan permohonan yang dihantar adalah lengkap dan memenuhi syarat seterusnya membolehkan permohonan diluluskan dengan mudah dan cepat
BACA: