Rupanya memang ramai menteri berada diluar negara bercuti ketika banjir melanda

Rupanya memang ramai menteri berada diluar negara bercuti ketika banjir melanda. Kebanyakan menteri yang berada di luar negara sudah selamat tiba di tanah air, kata Perdana Menteri.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mereka kini dalam proses kuarantin dan tidak dibenarkan keluar.

“Ramai menteri yang sudah balik dari luar negara, mereka meninggalkan negara lebih awal sebelum banjir.

“Mereka masih dalam proses kuarantin,” kata Ismail Sabri dalam satu sidang media selepas mengadakan beberapa siri lawatan ke Hulu Langat, hari ini.

Jumaat lalu, Ismail Sabri mengarahkan anggota Kabinet untuk membatalkan cuti mereka dan hendaklah pulang segera ke negeri ini.

Pembatalan cuti itu berkuat kuasa sehingga masalah bencana banjir negara ketika ini selesai.

Ismail Sabri berkatam ada sesetengah daripada mereka meminta untuk turun membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh negara namun beliau tidak membenarkan kerana mereka perlu menjalani kuarantin wajib.

“Hari Isnin atau Selasa, menteri yang balik dari luar negara akan keluar.

”Kalau ada yang kata, ada (menteri) yang pergi (selepas banjir) mungkin sebelum arahan dikeluarkan, mereka pergi,” katanya lagi.

Jelasnya, ada menteri yang mahu pulang awal ke negara namun tidak kesampaian kerana tiada penerbangan awal.

Ismail Sabri berkata, beliau turut membatalkan hasratnya untuk menunaikan umrah Januari depan bagi menumpukan kepada situasi banjir yang melanda negara.

BACA JUGA :

Kerajaan tak akan benarkan pengeluaran RM10 ribu i-Citra – Ismail Sabri
Video tukar ELCB dari ARiF ini cetus kesedaran buat mangsa banjir

Artikel ini disiarkan pada 26/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)