Rupanya ini sebab kilang ini kebal pihak berkuasa, dah kena sita pun masih beroperasi

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Dua kilang plastik di kawasan perindustrian Bukit Panchor, di sini, yang telah disita sejak September lalu,

sekali lagi dikenakan tindakan setelah dikesan beroperasi seperti biasa, malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa, H’ng Mooi Lye, berkata tindakan itu dilaksanakan

menerusi satu operasi khas yang dijalankan oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kadun Jawi.

Menurut beliau, pihaknya telah menerima aduan mengenai bau pembakaran plastik yang mengganggu penduduk sekitar sejak Mei lalu.

Rupanya ini sebab kilang ini kebal pihak berkuasa, dah kena sita pun masih beroperasi

“Oleh itu, MBSP dan Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang (JASPP) telah diminta untuk membuat siasatan dan pemantauan yang kerap dan ketat bagi mengenal pasti kilang yang menyebabkan gangguan.

“Setelah siasatan dan pemantauan, JASPP telah menyita tiga premis kilang yang mengeluarkan bau pembakaran plastik pada bulan lalu. Namun, aduan masih diterima walaupun kilang-kilang tersebut telah disita,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

“Selain itu, dua kompaun telah dikeluarkan kepada pihak kilang susulan menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen dan mempamerkan iklan tanpa lesen.

“Bagi premis kilang yang mempunyai lesen perniagaan, MBSP telah memberi amaran lisan tegas dan nasihat kepada pihak kilang, dan operasi kilang turut dihentikan serta-merta,” katanya.

“MBSP akan menyerahkan laporan siasatan kepada JASPP. Selain itu, MBSP juga akan menarik balik lesen perniagaan premis kilang yang tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan,” tambahnya.

BACA: JAIS cadang tutup pusat tahfiz jika ada dua kes ini