Rupanya ini sebab KFC gagal di India

Rupanya ini sebab KFC gagal di India.Sejak ditubuhkan pada tahun 1930, KFC berjaya menjadi antara restoran makanan segera terbesar di dunia. Malah di beberapa buah negara, KFC bersaing hebat dengan Mcdonalds untuk menjadi jaguh dalam pasaran restoran makanan segera.

Seperti di Malaysia, KFC boleh dianggap sebagai pencetus kepada pembukaan restoran makanan segera di luar bandar. Bermakna KFC akan mendorong restoran makanan segera lain untuk membuka cawangannya.

Berbeza pula dengan India kerana mereka hampir sahaja lingkup ketika baru membuka beberapa cawangan pada era 90-an. Sebagai negara yang memiliki antara populasi teramai di dunia, KFC pasti tidak mahu melepaskan peluang keemasan. Tapi sayangnya KFC tidak mendapat sambutan.

Kenapa boleh jadi begitu?

Makanan Tidak Sihat
India merupakan antara negara yang memiliki populasi orang miskin tertinggi. Kebanyakkan daripada mereka memang agak sukar untuk mendapatkan makanan berkhasiat kerana harganya agak mahal

Senang cerita boleh dikatakan orang India agak kekurangan zat. Sebagai restoran makanan segera, pembukaan KFC telah ditentang sehabis-habisnya pada peringkat awal. Hal ini demikian kerana KFC dikatakan menyembunyikan kuantiti MSG yang digunakan. Selain itu, KFC juga dikatakan menggunakan lemak babi dalam penghasilan makanan.

Penduduk India beranggapan pembukaan KFC akan mengganggu kedai street food yang selama ini beroperasi tanpa gangguan.

Restoran makanan segera seperti KFC miliki kadar pengeluaran dan penghasilan makanan yang sangat tinggi. Jadi jika restoran makanan segera itu dipenuhi pelanggan sekalipun, mereka mampu menghadapinya dengan tenang.

Berlainan pula dengan kedai street food India kerana mereka miliki target tertentu bagi memastikan jualan tidak terbazir. Jika jumlah pelanggan melebih target, makanan akan habis.

Mahu tak mahu mereka perlu hasilkan makanan dalam jumlah yang besar bagi berlawan dengan KFC.

Kekejaman Terhadap Haiwan
KFC dikatakan melakukan kekejaman terhadap haiwan apabila timbul video ayam diternak dalam keadaa yang menyedihkan. Situasi itu telah menyebabkan beberapa pertubuhan melancarkan petisyen bagi menghalang pembukaan KFC di India.

Hal ini menjadi semakin rumit kerana petisyen tersebut turut disokong oleh sebahagian besar selebriti India. Di pihak KFC pula mereka terus menafikan dakwaan tersebut dan membuka lebih banyak lagi cawangan. Tetapi tidak semuanya mampu bertahan.

Tidak Kenal Pelanggan
Biarpun berasal daripada Amerika Syarikat, KFC akan cuba sedaya-upaya untuk beradaptasi dengan budaya sesebuah negara untuk hasilkan makanan yang mesra dengan selera rakyat.

Perkara ini tidak terjadi di India kerana KFC hanya menawarkan menu biasa sahaja. Pada mula KFC tidak akan menjangka peristiwa seumpama itu akan terjadi.

Hal ini demikian kerana pelanggan sasaran KFC di India adalah golongan kelas pertengahan. Jadi menu yang tidak melambangkan makanan India tidak menjadi masalah.

Namun lain pula terjadi kerana KFC mendapat kritikan daripada masyarakat India sehingga berlakunya boikot kerana makanan yang tidak mesra India.

Pada akhirnya KFC berjaya mengatasi semua masalah di atas sehingga mampu membuka lebih 300 cawangan di India. Bukan itu sahaja, KFC berjaya mendapatkan keuntungan yang begitu besar daripada negara antara populasi tertinggi dunia ini.

Jadi, kegagalan itu bukan bermakna kita akan jatuh untuk selamanya. Tetapi kegagalan itu adalah tonik untuk kita capai kejayaan yang lebih besar.
TONTON :

BACA:

Wanita dikejarkan ke hospital selepas jatuh atas timun yang kemudianya terlekat dalam kemaluannya

Hamzah jawab dakwaan tahan warga Rohingya lebih 2 tahun

Tengku Zafrul umum KWSP akan masuk sebelum raya, ini butiran tarikhnya