Gigi adalah komponen penting dalam tubuh manusia yang memainkan peranan utama dalam pengambilan makanan harian.
Tanpa gigi, kita akan menghadapi kesulitan untuk mengunyah makanan yang keras dan lain-lain.
Namun, penting untuk diingati bahawa kebiasaan mengambil makanan manis juga boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan gigi.
Oleh itu, adalah penting untuk menjaga kesihatan gigi sejak dari peringkat kanak-kanak lagi bagi mengelakkan masalah gigi yang boleh menyebabkan kerosakan atau kehilangan gigi.
Antara cara yang penting adalah dengan rutin menyikat gigi dan menjalani pemeriksaan berkala oleh doktor gigi. Saat ini, terdapat pelbagai jenis ubat gigi yang terdapat di pasaran, yang mana sesetengah daripadanya mempunyai kegunaan khusus seperti mencerahkan gigi atau memberikan nafas yang segar.
Namun, ada juga yang bertanya-tanya mengenai kod warna yang berbeza pada setiap tiub ubat gigi yang dibeli. Terdapat mitos yang berkaitan dengan kod warna ini, di mana sesetengah orang beranggapan ia merujuk kepada kandungan bahan dalam ubat gigi.
Contohnya, ada yang percaya bahawa label hijau pada ubat gigi bermaksud ia mengandungi bahan semula jadi, manakala label biru pula merujuk kepada campuran bahan semula jadi dan bahan kimia. Walau bagaimanapun, maklumat tersebut tidak tepat.
Menurut Syarikat Produk Pergigian, Colgate, tanda warna pada hujung tiub ubat gigi bertujuan untuk mengesan sensor cahaya, selain memudahkan pembungkusan dan pengekalan produk.
Persatuan Pergigian Amerika juga menjelaskan bahawa kebanyakan ubat gigi menggunakan bahan asas yang sama, termasuklah bahan pelelas, humektan, detergen, dan fluorida untuk membantu mencegah kerosakan gigi.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio